Isnin, 8 Ogos 2011

Glosari Sejarah

Abad
Jangka masa seratus tahun
(atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting)

Abdi
orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa- apa saja yg diperintahkan oleh tuannya
(tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri),
hamba tebusan
hamba

Abdikasi
turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri.

Abintara
pesuruh raja,
bentara.

Absolutisme
Prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.


Adat Istiadat
Peraturan dan kebiasaan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Adiningrat
gelaran bangsawan yg tertinggi.

Agraria
Urusan tanah (pertanian, perkebunan, dll).

Ahkam
Hukum,
Undang-undang.

Akta
1) Undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb)
2) Surat sijil ,
3) Surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~
notaris; ~ syarikat undang-

Aktivisme
Amalan yg berteraskan tindakan kekerasan utk mencapai tujuan politik.

Al-Quran
Kitab Suci agama Islam

Analekta
Buku yang mengandungi semua ajaran Confucius

Anarki
1) Keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang
(ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur):
kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang,timbullah ……
2) kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).

Anarkisme
1) Fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat
menindas dan wajar dimansuhkan

2) Penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan

Antropologi
Kajian saintifik tentang asal usul manusia seperti perkembangan fizikal, budaya, cirri-ciri ras serta kepercayaan

Ansar
1) Orang Madinah yg menyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke
Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota
Mekah kembali.

Aristokrasi
Pemerintahan oleh kaum bangsawan.

Aristokrat
1) Kaum bangsawan

2) Penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum
bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya).

Arkeologi
1) kajian saintifik tentang sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah)
dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba;
ahli ~ orang yg pakar dlm bidang arkeologi.

Arkib
1) Kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan
2) Tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah
sesebuah Negara
3) (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg
lama;

Artifak
barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.

Artisan
Pekerja yang mahir dalam sesuatu lapangan perusahaan atau tukang

a.s (‘Alaihis salam)
Bererti sejahtera atasnya

Asabiyah
Semangat setiakawan yang melampau yang diamalkan oleh
masyarakat Arab Jahiliyah berdasarkan darah keturunan

Asal Usul
1) Punca
2) Yang mula-mula
3) Sebab atau
4) Keadaan yang mula-mula

Asimilasi
Persepaduan pelbagai unsur (kebudayaan dll)

Askar Upahan
Askar yang berkhidmat kerana upah

Astrologi
Ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang).

Astronomi
Ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg melibatkan
kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yg
berkaitan dgn bintang).

Ateis
Orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan.

Autokrasi
1) Pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa penuh (tidak terhad)
2) Negara yg diperintah oleh individu yg mempunyai kuasa penuh.

Autokrat
Pemerintah yg mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak).

Autokratik
Bberasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah,
pemerintahan,pengurusan, dsb)
amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik

Autonomi
Pemerintahan sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain.

Baiah
1) Perakuan sumpah setia kpd seseorang yg diberi kuasa
2) Sokongan terhadap perjanjian yg dibuat ( dgn menyebut nama Allah sbg tanda
sokongan).

Bala
Pasukan (biasanya pasukan tentera)


Balairung, Balairuang seri
tempat raja dihadap rakyat

Bangsawan
(orang) berbangsa
(orang) keturunan mulia

Baron
1) Anggota taraf terendah dlm kedudukan bangsawan di Britain
2) Orang bangsawan di Eropah

Berkabilah
1) Berpuak-puak
2) Bersuku-suku

Bendahara
Perdana Menteri

Bias
Bersikap berat sebelah


Birokrasi
1) Sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh
pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat)
2) Cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai
kuasa yg besar
3) Cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses
pengurusan dan banyak peraturan;

Betara
1) Dewa: dewa-dewa dan ~;
2) Gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit.


Beti-beti Hamba raja yg terdiri drpd kaum perempuan.


Biduanda
1) Budak kundang,
2) Budak raja,
3) Juak-juak,
4) Hamba (suruhan) raja: baginda ... membuat segala anak tun-tun akan ~ kecil,
pekerjaannya akan membawa segala alat raja.


Borjuis
1) Orang drpd kelas pertengahan
2) (mengikut teori Marxisme) orang yg tergolong dlm kelas pertengahan yg
memiliki kebanyakan harta dlm sistem kapitalis
3) Orang yg perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan
golongan kelas pertengahan.
4) Para pemodal
5) Golongan kelas menengah


Buapak
Ketua perut yg bertanggungjawab utk menyelesaikan perselisihan
faham dlm perut di bawah jagaannya.


Bumi Hangus
1) Pemusnahan segala yg berguna bagi musuh
2) Taktik yang digunakan British semasa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu,
Sarawak

Cap mohor
1) Alat untuk menurunkan tanda ke atas kertas, surat dll
2) Cap kerajaan
3) Cap pedagang


Candi
Bangunan purba yg dibuat drpd batu (tempat orang Hindu atau
Buddha menyembah berhala, menyimpan abu mayat, dll).

Cari Gali
Kegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas
dsb) dgn menggerudi jauh ke dlm tanah atau dasar laut


Censor
Badan penapis/ orang yang tugasnya menapis atau memeriksa
sesuatu yang akan diterbitkan


Ceper
Perkakas seperti dulang (piring), biasanya dibuat daripada tembaga


Ciri
Tanda atau sifat


Cukai
Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan atau pemerintah terhadap orang perseorangan dan barang-barang untuk perbelanjaan Negara dan lain-lain



Cuneiform
1) Bentuk tulisan seperti pepaku di atas tanah liat
2) Tulisan masyarakat Sumeria (Mesopotamia)3)


Count
1) Gelaran bangsawan di Eropah- setaraf gelaran Earl di England


Dagang
1) Barang yang diniagakan
2) merantau atau
3) mengembara


Dakwah
Menyebarkan sesuatu ajaran seperti agama Islam



Dasawarsa
1) Masa sepuluh tahun
2) Dekad


Daulat
1) bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah);
~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia
2) Ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb)
3) Kuasa (raja, kerajaan)
4) Ark tulah



Declaration of Indulgences
Pengisytiharan 1687 – memansuhkan diskriminasi ke atas golongan Katolik dan bukan Anglican.


Demografi
kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu


Demokrasi
1) pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~
berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara
perwakilan
2) Unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya
3) Keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;


Demonstrasi
1) Penerangan, peragaan, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll

2) Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak,



Derhaka
1) Tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang
kekuasaan yg sah

Desentralisasi
1) perihal memberi kuasa yg lebih kpd kerajaan negeri (daerah) yg bersekutu
oleh kerajaan pusat
2) Pengagihan kuasa pusat.


Despot
1) Pemerintah mutlak
2) Pemerintah kuku besi.



Despotisme
1) Pemerintahan seorang despot,
2) Pemerintahan kuku besi.


Destar
1) Setangan kepala,
2) Tengkolok
3) Tanjak
4) kain (ikat) kepala


Dakyah/ Diayah
1) Penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk
mendapat sokongan, propaganda



Dikri
Titah perintah raja/pemerintah yang memupunyai kuasa undang
undang



Diktator
Pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa
mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim


Dinasti
1) Jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga):
mengikut suatu rekod drpd ~ Ming,
2) Tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu
keturunan.


Dinar
1) Mata wang emas yang digunakan pada awal pemerintahan Islam
2) Berasal dari Rom
3) Berat sedinar ialah 4.55 gm


Diplomasi
seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa:

Diplomatik
1) Hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan
kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu
sama lain
2) Berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu.


Dirgahayu
(mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur.



Dirham
Wang emas atau Perak yang berasal dari Parsi


Diskriminasi
Perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb:


Doktrin
Ajaran berkenaan agama, fahaman, ilmu pengetahuan, pegangan kepada ajaran


Duke
Orang bangsawan yang mempunyai gelaran tertinggi, boleh juga
diwariskan turun-temurun


Earl
Gelaran bagi satu kategori bangsawan Inggeris ( setaraf dengan
Count)


Emigres
Golongan pelarian politik


Enakmen
Undang-undang atau statut


Enlightenment
1) Falsafah yang emngutamakan keunggulan dan keupayaan akal dan pancaindera
manusia
2) Antiagama kerana mementingkan kepercayaan kepada ghaib
3) Antitradisi lama seperti system feudal


Entreport
Pusat perdagangan yang mengendalikan urusan import dan eksport sekali gus


Epik
1) Puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya
pahlawan dlm sejarah atau legenda)
2) karya sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara
sesebuah epic

Etnik
Berkaitan bangsa, kaum


Era
1) jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod dr ~ penjajahan
dan revolusi
2) Jangka masa tertentu yg dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan


Faktor
Unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil:


Fasis
1) Ahli politik sayap kanan berasaskan parti yang bersifat autokratik
2) Amat antikomunis
3) Aliran atau fahaman politiknya dipanggil fasisme


Feudalisme
1) Sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum bangsawan

2) Sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah).



Firaun
Raja Mesir (pd zaman purbakala).



Gahara
Keturunan raja yg lahir drpd permaisuri; anak ~ anak raja drpd
permaisuri; sama ~ keturunan yg sedarjat.



Gundik 1) Isteri yg bukan gahara,
2) Isteri tidak rasmi;
3) Bini gelap



Hamba Berhutang
Orang yang terikat kepada majikannya sebagai hamba abdi kerana berhutang kepada majikannya



Hellenistik
Paduan kebudayaan antara Yunani dengan kebudayaan Timur


Hieroglif
1) Bentuk tulisan yang diukir pada batu
2) Tulisan orang mesir Purba


Hierarki
Susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi,
masyarakat,dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan



Hijrah
1) Perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah

2) Tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~;



Humanisme
1) Aliran atau sistem yang memberikan tumpuan kepada faedah dan persoalan
manusia sejagat dan bukan individu
2) Tidak menumpukan kepada persoalan atau aspek keagamaan
3) Sering dikaitkan Zaman Renaissance


Ideogram
1) Betuk tulisan melambangkan benda atau idea bercorak symbol
2) Digunakan dalam tamadaun Hwang Ho3)


Ideologi
Fahaman (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar
pemerintahan dll:



Jahiliah
1) Gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam
2) zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam.



Jen
Ajaran Confucius yang menitikberatkan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri


Jus Soli
Hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran
di negara itu.



Kader
1) Teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk
melatih unit baru atau pengembangan lain
2) Anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan
terlatih



Kafilah
1) Rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang yg dibawa) dlm
perjalanan di padang pasir


Kanun
Undang-undang, hukum, peraturan;



Kapitalis
1) Orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, perusahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapitalisme -orang yg menyokong kapitalisme.



Kapitalisme
1) Sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan.



Karma
1) Semua tingkah laku, perkataan dan pemikiran seseorang semasa hidupnya akan
menentukan kehidupannya di akhirat
2) Amalan penganut Hind dan Buddha


Khalifah
1) Pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW)
2) (gelaran) ketua agama dan
3) raja di negara Islam
Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW;
~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah



Kolonialisme
Dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya
ke atas sesebuah negara lain.



Komanwel
Perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh
British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua
Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~
persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara
anggota Komanwel.



Komunis
Orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham
Komunisme



Komunisme
Fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan
barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama
rakyat


Konfrontasi
1) Persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermusuhan)
2) Pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dsb)



Konsul
1) Pegawai yg dilantik oleh sesebuah negara utk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing; ~ jeneral konsul yg terutama atau ketua konsul (yg mengetuai konsul-konsul lain).



Kronologi
1) Susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan



Laissez-faire
- Kapitalis


Legalisme
Kepatuhan sepenuhnya kpd undang-undang



Legislatif
Mempunyai kuasa utk menggubal undang-undang.



Levellers Golongan radikal/pelampau di England yang memperjuangkan hak
sama rata yang menyeluruh


Liberal
1) Condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik
2) Bersifat atau berpandangan bebas
3) Berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb


Luddisme
Gerakan dalam kalangan petukang/ pekerja mahir di England yang
menentang penggunaan mesin dalam perindustrian tekstil
keranamenjadikan kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi



Lingua Franca
Bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat
atau orang-orang yg berlainan bahasa:



Luak
1) Daerah
2) Jajahan


Maharaja
1) Raja besar
2) Gelaran atau sebutan bagi orang besar:


Mahmudah
Terpuji


Masihi

Tahun yang dikira sesudah kelahiran nabi Isa a.s



Mandat
1) Amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan,

2) Kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi

3) Surat kuasa, surat perintah (membayar dll)

4) kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb

5) Kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa


Maritim
1) Berkaitan dgn kelautan, perkapalan, pelayaran, dsb;
2) Terletak di atau berdekatan dgn laut



Marxisme
1) Teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.



Masihi
Tahun yg dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan.



Masyarakat Majmuk
Terdiri daripada dua kaum atau lebih / pelbagai kaum


Memorial
Sesuatu yg dibina (didirikan dsb) utk memperingati seseorang tokoh
atau sesuatu peristiwa bersejarah



Mitos
1) Cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb
2) Cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;



Monarki
kerajaan (negara) yg diperintah oleh raja, sistem pemerintahan
beraja: politik dan ~ Melayu.



Mufti
Orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa



Muhajirin
Orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.



Nakhoda
1) Pemimpin atau ketua perahu (kapal)
2) Juragan
3) Kapten kapal;


Nasionalisme
1) Perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~

2) Ppergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing



Negara kota
Kota / Bandar yang merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka



Neokolonialisme
Peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas
Negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi.



Neolitik
1) Peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal
menetap, bercucuk tanam, berternak, dan mengasah batu utk
dijadikan alat kegunaan seharian.

2) Manusia mula mencipt alatan daripada tembikar



Nepotisme
Perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan
sanak saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.



Nirvana/
Moksha
Kebahagiaan muttakhir yang tercapai apabila roh seseorang menjadi
sebati dengan alam semesta



Oligarki
1) Pemerintahan yg dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yg berkuasa sahaja

2) Sekumpulan kecil orang yg menguasai dan mentadbir sesebuah negara atau organisasi.



Ordinan
1) Perintah
2) Peraturan
3) Statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang.



Organisasi
1) Kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan



Pax Romana
1) Zaman kegemilangan Rom dari segi politik, dan ekonomi
2) Bererti Keamanan Rom



Pendeta
1) orang yg banyak ilmu (pandai-pandai)
2) Ulama agama Hindu (Kristian dll)
3) Orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama);



Penggawa
1) Ketua pasukan
2) Ketua kampung (daerah), penghulu; ~ marga (Palembang)
Pilihan Raya
Pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan
Undangan Negeri



Piagam
Perjanjian, persetujuan, pakatan bertulis


Politisme
Kepercayaan kpd lebih drpd satu Tuhan.



Portfolio
1) Bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri
2) keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat



Proletariat
Kelas bawahan – golongan pekerja yang makan gaji di kilang/ industry



Radikal
1) Secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~;

2) Memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll)



Raja Mutlak
1) Mendakwa menaiki takhta kerana hak turun-temurun
2) Tidak tertakluk kepada parlimen / institusi lain


Realpolitik
1) Aliran politik yg berdasarkan kenyataan-kenyataan, politik yg praktikal
2) Mewajarkan apa-apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik



Ritual
1) Tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb



Sekular
Sesuatu yang terpisah atau yang bertentangan dengan ajaran agama
/ tidak berasaskan agama



Serf
Seseorang yang kerjanya bergantung kepada tanah pertanian tuannya



Sistem Kerah dan Serah
1) Sistem kerja yang diarahkan oleh tuan terhadap orang bawahannya tanpa membayar gaji.
2) Kerja yang dibuat sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah
/ Ganti pembayaran cukai kepada tuan



Sosialisme, sosialis
Falsafah politik berdasarkan konsep semua harta benda yang dimiliki
secara bersama


Zaman
Jangka masa tertentu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan