Khamis, 19 Ogos 2010

Tudingan 2010 Tingkatan 4

TAMADUN INDUS

1. Namakan bandar terancang dalam tamadun Indus
F1 Mohenjo-Daro
F2 Harappa


2. Nyatakan ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus

Ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus ialah
F1 teratur dan sistematik
F2 terbahagi kepada dua bahagian
F3 dikelilingi tembok
F4 bahagian utama pusat pentadbiran/keagamaan
F5 bahagian kedua kawasan perumahan
F6 susunan blok segiempat
F7 dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
F8 sistem kumbahan terancang
F9 sungai sebagai jalan pengangkutan

3. Apakah faktor perkembangan bandar terancang tamadun
Indus?

Faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus ialah
F1 maju dalam bidang geometri dan matematik
F2 kemajuan pembinaan
F3 sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F4 cinta akan keamanan

4. Apakah usaha yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun
Indus untuk meningkatkan lagi mutu bahan binaan?

Usaha untuk meningkatkan mutu bahan binaan oleh masyarakat
Tamadun Indus ialah
F1 Pemahaman tentang ilmu geometri
F2 Tidak hanya bergantung pada panas matahari
F3 Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
F4 Pengetahuan dalam ilmu matematik
5. Jelaskan aktiviti ekonomi masyarakat tamadun Indus?

Aktiviti ekonomi masyarakat tamadun Indus ialah
F1 Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi sepert
perdagangan / pertanian / pertukangan / pembuatan /
artisan
F2 Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar
termasuk dengan Mesopotamia
F3 Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
F4 Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
F5 Petani bercucuk tanam makanan seperti
barli/kacang
F6 Golongan artisan menghasilkan barangan logam dan tembikar

4. Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat
Keterbukaan tamadun Indus?

Iktibar daripada sifat keterbukaan tamadun Indus ialah
F1 cinta akan ilmu
F2 gigih,rajin
F3 perlu pertukaran teknologi
F4 perlu kreatif dan inovatif
F5 menjalin hubungan diplomatik
F6 sedia menerima pengaruh baik
F7 menjalin hubungan perdagangan


5. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran sikap
yang perlu dicontohi oleh masyarakat hari ini daripada
Tamadun Indus?

Pengajaran sikap masyarakat Tamadun Indus yang perlu kita
contohi ialah
F1 Menerima pandangan dan pendapat
F2 Bertukar pandangan dengan pihak lain
F3 Pertukaran teknologi
F4 Meningkatkan hubungan antarabangsa
F5 Memajukan ekonomi
F6 Menjalin hubungan dagangan


TAMADUN HWANG HO

5. Nyatakan ciri-ciri pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho?

Ciri-ciri pemerintahan tamadun Hwang Ho ialah
F1 sistem pemerintahan beraja
F2 anak lelaki /saudara lelaki raja pengganti raja
F3 putaran dinasti
F4 Raja-raja Shang berkuasa dalam politik, ekonomi, social dan agama
F5 percaya mandat daripada tuhan
F6 raja dibantu oleh bangsawan
F7 raja dibantu oleh pegawai kerajaan
F8 Bangsawan membantu bagi wilayah luar pusat pentadbiran
F9 Bangsawan mentadbir wilayah
F10 Bangsawan mewujudkan pentadbiran sendiri
F11 bangsawan memungut cukai dan undang-undang

6. Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?

Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian ialah
F1 memperkenalkan sistem pengairan
F2 memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F3 menggunakan cangkul
F4 menggunakan sabit
F5 memperkenalkan teknologi pembajakan
F6 memperkenalkan batas untuk tanaman

7. Jelaskan ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho.

Ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho ialah
F1 tulisan Ideogram
F2 berbentuk gambar dan simbol
F3 terhasil daripada penilikan tulang oracle
F4 digunakan dalam penulisan
F5 digunakan dalam percetakan
F6 digunakan oleh orang Jepun dan Korea

8. Namakan karya Sun Tzu?

F1 The Art of War

9. Apakah yang dapat dipelajari daripada karya ‘Sun Tzu’?

Perkara yan dipelajari daripada karya ‘Sun Tzu’ ialah
F1 selok belok perang
F2 cara menangani musuh
F3 boleh guna dalam strategi perniagaan
F4 strategi mencapai kejayaan dalam hidup

10. Apakah kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang
diwarisi sehingga hari ini?

Kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang dapat
diwarisi sehingga hari ini ialah
F1 pemujaan roh nenek moyang
F2 konsep Yin dan Yang
F3 amalan Feng Hsui
F4 kepercayaan animisme dan politeisme
F5 amalan penilikan

11. Jelaskan sistem kalendar dalam tamadun Hwang Ho

Sistem Kalendar dalam tamadun Hwang Ho mengandungi
F1 30 hari dalam sebulan
F2 360 hari dalam setahun
F3 digunakan untuk menentukan musim menanam dan menuai
F4 guna dalam upacara perkahwinan, pengebumian dan perburuan

12. Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho terhadap peradaban
masyarakat China pada hari ini?

Sumbangan tamadun Hwang Ho terhadap peradaban masyarakat
China pada hari ini ialah
F1 Sistem Tulisan Ideogram
H1a Tulisan ideogram bentuk symbol hasil daripada amalan
penilikan tulang oracle.
H1b Digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
H3c Diajar disekolah

F2 Aspek kepercayaan.
H2a Pemujaan roh nenek moyang
H2b Unsur pemujaan.
H4c Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan,
duit kertas dan barang perhiasan.
H4d Konsep Yin dan Yang ( Kuasa Pasif dan aktif )
H4e Konsep Feng Shui ( hubungan antara manusia dengan alam sekitar. )

F3 Sistem Kalendar ( Pemerintahan Shang )
H3a Terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari setahun
H3b Digunakan untuk menentukan musim menanam dan musim menuai
H3c Digunakan juga untuk aktiviti harian seperti perkahwinan,
perburuan atau pengkebumian.

F4 Pengalaman falsafah perang Sun Tzu.
H4a Karya The Art of War
H4b Membincangkan selok belok perang dan cara menanganimusuh.
H4c Diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

1. Nyatakan ciri-ciri ekonomi tamadun India.

Ciri-ciri ekonomi tamadun India ialah
F1 berlaku perdagangan dalam dan luar
F2 hasilkan barangan senjata
F3 hasilkan barangan emas
F4 wujud persatuan perdagangan
F5 menggunakan mata wang
F6 ada perusahaan sutera, emas, mutiara
F7 amalan sistem cukai
F8 ada pelabuhan perdagangan

2. Apakah matlamat persatuan perdagangan tamadun India?

F1 mengawal harga barang
F2 menjaga kualiti barangan
F3 men jaga gaji pekerja

3. Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan
pertanian.

F1 pengairan
F2 sistem tanaman bergilir
F3 ada teres bukit
F4 guna tenggala
F5 penyisir tanah
F6 guna kereta kuda
F7 guna kolar kuda
F8 ada sistem pengairan

4. Bagaimanakah anda menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara?
Sumbangan saya untuk meningkatkan ekonomi negara ialah
F1 rajin kerja
F2 menggunakan teknologi moden
F3 bekerjasama dan bersatu padu
F4 menguasai ilmu pengetahuan
F5 kreatif dan inovatif
F6 berbelanja secara berhemah
F7 berjimat cermat
F8 menguasai pelbagai kemahiran
F9 berilmu

PENINGKATAN PENDIDIKAN

1. Apakah aspek yang dititikberatkan dalam pendidikan di Athens?

Pemerintah Athens menitikberatkan
F1 pendidikan sukan
F2 pendidikan muzik
F3 pendidikan seni berpidato
F4 pendidikan kesusasteraan
F5 pendidikan membaca, menghafal, menulis

2. Nyatakan tujuan pendidikan di Athens dan Sparta.

Tujuan pendidikan di Athens
F1 mementingkan pendidikan mental
F2 mementingkan pendidikan rohani dan jasmani
F3 melahirkan golongan sejarawan, ahli falsafah

Tujuan pendidikan di Sparta
F4 mementingkan latihan fizikal
F5 mementingkan kemahiran guna senjata
F6 melahirkan tentera yang gagah
F7 melahirkan warganegara yang setia

3. Apakah tujuan pendidikan di Rom?

F1 Menekankan ilmu yang praktikal
F2 Semangat setia kepada Rom
F3 Melahirkan jurutera
F4 Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan

4. Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi
penekanan dalam pembangunan pendidikan?

Pembangunan pendidikan penting untuk
F1 melahirkan warganegara yang patriotik
F2 berdisiplin
F3 alat perpaduan
F4 berilmu pengetahuan
F5 menguasai kemahiran
F6 membangunkan negara
F7 melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan Jasmani

5. Nyatakan ciri-ciri pendidikan zaman Vedik di India.

Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik ialah
F1 didominasikan oleh kaum lelaki
F2 mementingkan keagamaan
F3 pembelajaran kitab veda
F4 kaedah penghafalan kitab
F5 diajar dalam bahasa Sanskrit
F6 karya saintifik dan falsafah yang dipelajari

6. Apakah tujuan pendidikan di India?

F1 menambah ilmu
F2 mengatasi buta huruf
F3 dapat jawatan dalam perkhidmatan
F4 menerap nilai-nilai murni
F5 menghadapi hari selepas mati

7. Apakah tujuan peperiksaan awam di China?

Tujuan peperiksaan awam di China
F1 menjadi pegawai kerajaan
F2 menjadi pendidik
F3 hafal tulisan ideogram
F4 mengarang sastera
F5 terjemahan kitab suci

8. Pada pandangan anda, bagaimanakah sistem pendidikan di
Malaysia dapat mewujudkan perpaduan kaum?

Pendidikan di Malaysia dapat mewujudkan perpaduan melalui
F1 sukatan pelajaran yang sama
F2 bahasa pengantar yang sama
F3 sistem persekolahan yang sama
F4 penglibatan semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum
F5 menerap nilai-nilai murni
F6 perkenalkan sekolah wawasan
F7 perkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TEMA 8 : TAMADUN ISLAM
BAB 4 :
1. Nyatakan pengalaman Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang
perdagangan.

Pengalaman Nabi Muhammad dalam bidanng perdagangan
F1 diperoleh semasa baginda berusia 12 tahun.
F2 Pernah mengikuti rombongan bapa saudara baginda ke Syam.
F3 Giat berdagang semasa berusia 20 tahun.
F4 Berniaga secara berseorangan.
F5 Berkongsi berniaga dengan temannya.
F6 Menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah.
F7 Memperoleh modal yang besar daripada Khadijah.
F8 Memperolehi keuntungan berlipat-ganda.

2. Jelaskan keperibadian yang dimiliki oleh Nabi Muhammad
s.a.w. sehingga baginda layak mendapat gelaran al-Amin

Nabi Muhammad memiliki keperibadian terpuji
F1 Memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq, amanah, tabligh,
fatanah. Perbuatan baginda dipercayai.
F2 Sentiasa bercakap benar dan tidak berbohong.
F3 Amanah dalam menguruskan perniagaan Khadijah.
F4 Bersungguh-sungguh menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai
rintangan.
F5 Bijaksana dalam menyelesaikan isu perletakan Hajarul Aswad.
F6 Bjaksana dan berpandangan jauh semasa menandatangani Perjanjian Hudaibiyah.
F7 Pengasih dalam melayan / memberi pendidikan anak-anak.
F8 Bertimbang rasa membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
F9 Merendah diri dalam pergaulan.
F10 Selalu memikirkan kehidupan masyarakat

3. Apakah cara penentangan yang digunakan oleh orang Arab
Quraisy terhadap nabi Muhammad?

Cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap N. Muhammad
F1 – Dicemuh
F2 – Diganggu semasa beribadat
F3 – Cubaan membunuh
F4- Diletakkan najis pada tenguk baginda

4. Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam
di Makkah?

Orang arab Quraisy menentang penyebaran Islam di Makkah
Kerana
F1 – Perbezaan kepercayaan dan amalan Arab Quraisy dengan Islam.
F2 – Islam menyarankan persamaan taraf
F3 – Orang Arab Quraisy menolak konsep persaudaraan Islam
F4 - Amalan akhlak yang keji seperti mencuri dan menindas

5. Bagaimanakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad
untuk menghadapi penentangan daripada orang Arab Quraisy?

F1- Berhijrah ke Habsyah.
F2- Tidak berputus-asa menghadapi rintangan dan halangan.
F3- Memikirkan strategi baru untuk menyebarkan agama Islam
F4- Berhijrah ke Madinah

6. Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad
s.a.w. dalam usaha menghadapi penentangan.

Iktibar daripada usaha Nabi Muhammad s.a.w menghadapi
penentangan
F1 – Bersabar menghadapi dugaan
F2 – Terus berusaha tanpa jemu
F3 - Sentiasa mencari/memikirkan strategi untuk mengatasi masalah
F4 - Setiap usaha keras akan membuahkan kejayaan
F5 - Mengamalkan prinsip kerjasama pasukan asas kejayaan.

7. Namakan dua orang Bapa saudara nabi Muhammad s.a.w.
F1– Al- Haris
F2- Abu Talib
F3 –Abu Lahab
F4- Abbas
F5- Hamzah

8. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w bertahannuth di Gua Hira’?

Tujuan Nabi Muhammad bertahannuth di Gua Hira’ ialah
F1 - memikirkan kehidupan masyarakat di sekelilingnya yang tidak bermoral
F2 - Masyarakat taksub dengan amalan Jahiliyyah
F3 - Berusaha mencari cara mengubah masyarakat sekeliling
F4- Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah
F5- Tempat beribadat yang sunyi dan tenang
F6- Menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh jiwa raga
F7- Memikirkan masalah yang dihadapi kaum Quraisy Makkah.
F8- Tempat Allah menurunkan wahyu pertama menerusi Jibril.

9. Mengapakah wahyu kedua surah Al-Muddasir yang diturunkan
sangat penting dalam perkembangan Islam?

Kepentingan surah Al-Muddasir dalam perkembangan Islam
F1- Pengisytiharan Nabi Muhammad sebagai rasulullah atau nabi.
F2- Mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
F3- Sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat

10. Berdasarkan wahyu yang pertama,mengapakah amalan
membaca sangat penting dalam Islam?

F1- Memperoleh ilmu
F2- Menambah ilmu
F3- kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan
F4 - memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang
F5- Meningkatkan tamadun bangsanya
F6- Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat

11. Terangkan dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w secara terbuka.

Dakwah Islamiah secara terbuka oleh Nabi Muhammad
F1 Dakwah Islamiah disebarkan secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib
setelah turunnya ayat Al-Quran
F2 Baginda bermusyawarah dengan para sahabat
F3 Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib
F4 Ada di antara kaum keluarganya menerima tetapi ada yang menolak.
F5 Orang yang paling hebat menentang ialah bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab
F6 Dakwah Islamiah disebarkan secara terbuka kepada orang ramai di Bukit
Safa ,Makkah.
F7 Dihadiri oleh ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Suhrah, Bani Tamin, Bani
Makhzum dan Bani Asad
F8 Abu Lahab berbahas hebat dengan baginda dan menghina baginda
F9 Dakwah Islamiah itu terganggu


12. Mengapakah sebilangan daripada masyarakat Arab dapat menerima agama yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad ?

Sebilangan daripada masyarakat Arab dapat menerima agama yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad
F1 Ajaran Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia
F2 Kemurnian ajaran Islam
F3 Kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah
H3a Baginda berdakwah secara lemah-lembut
H3b Baginda berdakwah secara berhikmah
H3c Tidak memaksa
H3d Memujuk dengan menggunakan akal
H3e Membandingkan antara akhlak jahiliah dan akhlak yang disaran Islam
H3f Menunjukkan teladan yang baik
F4 Membaca Al Quran untuk menjawab permasalahan
F5 Menanam keimanan yang kuat kepada pengikutnya
F6 Kekuatan Nabi
H6a Kekuatan mental


13. Sekiranya anda dilantik sebagai seorang ketua, bagaimanakah caranya anda
mengatasi sesuatu masalah ?

Cara mengatasi sesuatu masalah ?
F1 Menggunakan akal
F2 Bertindak secara rasional
F3 Adil
F4 Kekuatan mental
F5 Kekuatan fizikal
F6 Kekuatan rohani

BAB 5 : BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

1. Jelaskan konsep hijrah

Konsep hijrah ialah
FI perkataan Arab iaitu berpindah
F2 perpindahan dari satu tempat ke tempat lain
F3 perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
F4 dilambangkan semangat ingin berubah
F5 perubahan cara berfikir, tingkah laku
F6 meninggalkan keburukan
F7 menegakkan kebenaran

2. Nyatakan hujah yang menyangkal tafsiran Orientalis Barat menganggap hijrah sebagai
suatu pelarian.

Saya menyangkal pandangan tersebut kerana,
FI jemputan penduduk Madinah
F2 ketibaan orang Islam disambut meriah
F3 disambut dengan rela hati
F4 orang Islam diberi tempat tinggal
F5 diberi jaminan keselamatan.
F6 Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin


3. Nyatakan faktor berlakunya hijrah 622 M.

Faktornya berlakunya hijrah ialah,
FI penentangan berterusan Quraisy
F2 ada pakatan untuk membunuh baginda
F3 jemputan masyarakat Arab Madinah
F4 ingin menyebarkan Islam
F5 perintah Allah menerusi wahyu

4. Jelaskan kepentingan hijrah

Antara kepentingan hijrah ialah
FI tahun hijrah dalam takwim Islam diperkenalkan
F2 nama Yatrib ditukar kepada Madinah al- Munawwarah
F3 membina masjid al- Nabawi
F4 masjid menjadi tempat belajar, beribadat, berbincangkan masalah
F5 membentuk negara Islam Madinah
F6 merangka Piagam Madinah
F7 dakwah dapat dilaksanakan dengan aman
F8 menyatupadukan penduduk Madinah

5. Bagaimanakah konsep hijrah boleh digunakan dalam kehidupan harian seorang pelajar?

Konsep hijrah boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti
F1 berubah daripada malas kepada rajin
F2 berubah daripada degil kepada patuh
F3 berubah daripada sifat negatif kepada positif
F4 berubah daripada ponteng sekolah kepada hadir penuh
F5 berubah daripada melanggar peraturan kepada berdisiplin
F6 berubah daripada sikap biadap kepada sopan

6. Sebutkan isi Perjanjian Aqabah Kedua.
Isi Perjanjian Aqabah Kedua
F1 Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
F2 Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah
ke Madinah.
F3 Mereka menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan orang Islam
serta bersedia mempertahankan Islam

7. Apakah yang anda faham mengenai Piagam Madinah?

Perlembagaan Madinah ialah
F1 Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M
F2 Digubal berpandukan wahyu Allah
F3 Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
F4 Berkaitan mengenai masyarakat Islam dan bukan Islam
F5 Mencatatkan mengenai peraturan berkaitan dengan
politik, agama, sosial, perundangan. Ekonomi , pertahanan dan kedudukan Yahudi
F6 Mengenai tanggung jawab ketua Negara dan rakyat
F7 Merupakan persetujuan di antara orang Islam dan bukan Islam

8. Nyatakan kepentingan Piagam Madinah dari aspek ekonomi?

Kepentingan Piagam Madinah dari aspek ekonomi
F1 Orang Islam dilarang mengamalkan riba dalam perniagaan
F2 Penipuan dalam perniagaan adalah dilarang
F3 Amalan rasuah tidak dibenarkan
F4 Orang Islam dilarang menindas golongan lemah/ miskin
F5 Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan
F6 Bersedekah adalah dituntut dalam Islam
F7 Orang Islam mesti adil dan telus dalam perniagaan

9. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah Nabi Muhammad SAW mendirikan
kerajaan Islam Madinah

Nabi Muhammad SAW mendirikan kerajaan Islam Madinah

F1 Baginda menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan Kerajaan Islam
Madinah
F2 Masyarakat Madinah telah diikat dengan perjanjian yang Lengkap Sebelum bernaung
di bawah sebuah pemerintahan
F3 Baginda meletakan Allah sebagai kuasa tertinggi dalam pemerintahannya.
F4 Baginda telah menyusun kehidupan rakyat dengan sistematik
F5 Melalui musyawarah
F6 Melalui diplomasi

10. Pada pendapat anda, apakah nilai –nilai dari Piagam Madinah yang boleh
praktikan di negara kita ?

Nilai –nilai dari Piagam Madinah yang boleh dipraktikan di negara kita
F1 Mengutamakan perpaduan
F2 Mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan
F3 Mempunyai wawasan yang tinggi
F4 Berjiwa besar
F5 Bersikap pemaaf
F6 Tidak berputus asa
F7 Cekal menghadapi haling

11. Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.

Kandungan Piagam Madinah
F1 Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal berkaitan orang Islam dan 24 fasal
tentang tanggungjawab orang bukan Islam.
F2 Nabi Muhammad sebagai pemimpin
F3 Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
F4 Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
F5 Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
F6 Masyarakat Madinah merupakan satu
F7 Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
F8 Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F9 Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
F10 Kerjasama dituntut demi memajukan ekonomi negara.
F11 Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.
F12 Anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
F13 Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.


12. Namakan dua peperangan yang berlaku pada zaman awal penyebaran Islam

F1 Perang Badar
F2 Perang Uhud
F3 Perang Khandak
F4 Perang Tabuk

13. Nyatakan dua sebab berlakunya peperangan tersebut?

Dua sebab berlakunya peperangan tersebut
F1 Penindasan Arab Quraisy
F2 Arab Quraisy menyerang orang Islam
F3 Mencari keamanan
F4 Memelihara tempat ibadat
F5 Menjaga maruah Negara
F6 Menentang kezaliman
F7 Mempertahankan diri

14. Apakah tindakan Nabi Muhammad ke atas tawanan Arab Quraisy dalam Perang Badar?

F1 Mengampunkan tawanan Arab Quraisy
F2 Membebaskan tawanan wanita
F3 Membebaskan kanak-kanak
F4 Tawanan lelaki diberikan syarat membebaskan diri dengan mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis hingga pandai


15. Berikan tiga pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW semasa
menyebarkan agama Islam.

F1 Umat Islam digalakan mengamalkan akhlak yang mulia
F2 Hendaklah bekerjasama dalam perjuangan
F3 Taat / patuh terhadap pemimpin
F4 Menunjukkan teladan yang baik
F5 Mengamalkan sikap bertolak ansur

BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARA


TEORI KEDATANGAN ISLAM

1. Senaraikan tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

F1 dari Semenanjung Tanah Arab
F2 dari China
F3 dari India

2. Mengapakah pengaruh luar mudah tersebar luas di Asia
Tenggara?

Pengaruh luar tersebar luas di Asia Tenggara ialah,
F1 kedudukan yang strategik
F2 Selat Melaka menghubungi China dan India
F3 ada banyak bandar-bandar pelabuhan
F4 tiupan angin monson mempertemukan pedagang
F5 boleh dihubungkan melalui jalan darat
F6 kekayaan hasil bumi

3. Namakan tokoh yang mengemukakan teori kedatangan Islam ke
Asia Tenggara?

F1 John Crawford
F2 Snouck Hurgronje
F3 Emanuel Gadinho
F4 S.Q. Fatimi

4. Nyatakan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara mengikut
Teori-teori yang dikemukakan

Dari Arab
Bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Arab
F1 melalui aktiviti pedagang Arab
F2 terdapat pusat perniagaan Arab di Canton
F3 terdapat perkampungan Arab
F4 pedagang Arab berkahwin dengan wanita tempatan

Dari China
Bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China
F1 Canton telah menjadi pusat peniaga Arab
F2 Peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara
F3 Pedagang China Islam berpindah dari Canton ke A.Tenggara
F4 Terdapat persamaan unsur seni bina China pada masjid di Asia Tenggara
F5 Penemuan batu bersurat di Terengganu

Dari India
Bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India
F1 terdapat hubungan perdagangan
F2 terdapat persamaan budaya
F3 terdapat persamaan batu marmar batu nisan


5. Nyatakan nilai yang dapat dicontohi daripada pedagang yang
menyebarkan Islam di Asia Tenggara

Nilai yang dapat dicontohi daripada pedagang yang
menyebarkan Islam di Asia Tenggara

F1 berusaha meningkatkan ekonomi
F2 bijaksana menyebarkan dakwah
F3 berani meneroka ke kawasan lain
F4 ketinggian budi pekerti
F5 mahir dalam selok belok perdagangan

6. Terangkan bukti kedatangan Islam dari China.

Bukti kedatangan Islam dari China
F1 dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi
F2 khan Fo atau Canton menjadi pusat perniagaan terkenal dalam kalangan peniaga
Arab sejak abad ke 9M
F3 jalinan hubungan antara peniaga
F4 peniaga China Islam berdagang ke Asia Tenggara
F5 berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam yang tinggal di Canton atau
Amoy ke Asia Tenggara sekitar 876M
F6 penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang, Terengganu
F7 persamaan unsur seni bina di China dengan masjid-masjid di Nusantara
F8 Di Melaka unsur seni bina China pada bumbung masjid yang sama dengan pagoda
F9 pengaruh atap genting China
F10 warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid
F11 jubin lantai/dinding/tangga/kolam air
F12 batu nisan mempunyai ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab bertarikh 1028M
ditemui di kampung Permatang Pauh di Pantai Timur pada 1953
F13 dibawa oleh mubaligh China ke Phang Rong di Indo China dan Pekan, Pahang

7. Pada pandangan anda, apakah keistimewaan ajaran Islam yang
menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menganutinya?

keistimewaan ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menganutinya
F1 kemurnian ajaran Islam
F2 konsep tuhan yang maha esa
F3 keadilan hak individu
F4 kehidupan yang harmoni
F5 Islam menuntut manusia berfikir secara rasional

8. Nyatakan cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk
menyebarkan Islam di Asia Tenggara.

Cara-cara yang digunakan oleh para pedagang untuk
menyebarkan Islam di Asia Tenggara
F1 Menjadikan kepercayaan dan amalan Islam sebagai tajuk perbualan.
F2 Mengamalkan sikap dan tingkah laku Islam untuk dijadikan ikutan penduduk
setempat
F3 Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam.
F4 Pedagang-pedagang berdakwah menyebarkan Islam.
F5 Sambil berdagang, pedagang membawa ulama untuk menyebarkan Islam.
F6 Pedagang mengadakan hubungan baik dengan pemerintah tempatan.
F7 Keistimewaan yang diberikan oleh pemerintah digunakan untuk berdakwah.
F8 Pedagang yang dianugerahkan jawatan Syahbandar menggunakan peranan tersebut
untuk menyebarkan Islam.

9. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam
untuk menyekat perkembangan agama Kristian di Asia
Tenggara ?

Langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan Islam
untuk menyekat perkembangan agama Kristian di A. Tenggara
F1 Johor-Riau berusaha menawan kembali Melaka daripada Portugis.
F2 Acheh menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara
F3 Acheh menakluki negeri-negeri di Tanah Melayu.

10. Sebutkan peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan
pusat penyebaran Islam

Peranan pusat kebudayaan di Asia Tenggara sebagai pusat keilmuan dan pusat
penyebaran Islam
F1 Menjadi pusat penterjemahan
F2 Ulama-ulamanya menjadi pakar rujuk kepada para ulama dari luar
F3 Sebagai pusat penulisan kesusasteraan saduran Arab
F4 Tempat penghasilan puisi Islam
F5 Menghasilkan karya Islam

11. Berikan usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan dakwah Islamiyah.

Usaha yang dilakukan oleh mubaligh dalam menjalankan
dakwah Islamiyah.
F1 Mengajar asas Islam secara tidak formal.
F2 Mengajar Islam secara formal
F3 Menjadikan masjid, istana dan rumah mereka sebagai pusat mempelajari ilmu
Islam
F4 Mendirikan pondok / pesantren sebagai pusat pendidikan
F5 Menasihati raja dalam pentadbiran
F6 Mempraktikkan Islam dalam politik dan pentadbiran.
F7 Menjadikan masjid sebagai markas dakwah Islamiyah.

TEMA 9 :BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

KEMASUKAN BURUH ASING

1. Jelaskan faktor-faktor kemasukan buruh India dan Cina ke Tanah Melayu.

F1 Pembangunan sektor pertanian dan perlombongan
F2 Kekurangan tenaga buruh
F3 Galakan British
F4 Tidak ditentang oleh orang Melayu
F5 Kestabilan politik di Tanah Melayu
F6 Hubungan tradisi dengan India

2. Nyatakan dua cara kemasukan buruh India

F1 sistem kontrak
F2 sistem kangani
F3 sistem buruh bebas

3. Senaraikan dua cara kemasukan buruh Cina

F1 sistem tiket kredit
F2 sistem pengambilan kakitangan
F3 sistem pengambilan rumah kongsi
F4 kemasukan secara berkumpulan

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

1. Apakah ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu?

F1 petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum
F2 orang India tinggal di ladang getah
F3 orang Cina tinggal di kawasan lombong dan bandar
F4 orang Melayu tinggal di kampong
F5 jenis pekerjaan kaum juga berbeza-beza
F6 kaum Melayu sebagai petani
F7 kaum India sebagai penoreh getah
F8 kaum Cina sebagai pelombong/peniaga

2. Sebagai warganegara Malaysia, apakah cadangan anda untuk mengekalkan perpaduan?

F1 sentiasa berunding
F2 sentiasa bertimbang rasa
F3 sentiasa bertolak ansur
F4 sentiasa bermuafakat
F5 sentiasa menghormati agama lain
F6 pengamalan Rukun Negara

UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH

1. Nyatakan sistem pemilikan dan penggunaan tanah masyarakat
Melayu tradisional sebelum kedatangan British.

F1 tanah tidak menjadi persoalan utama
F2 terdapat tanah yang luas
F3 kepadatan penduduk yang rendah
F4 pembesar memiliki tanah
F5 tanah diterokai boleh diwarisi
F6 perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu

2. Mengapakah British memperkenalkan undang-undang berhubung tanah?
F1 tidak mempunyai rekod tanah
F2 memudahkan pembayaran cukai
F3 memudahkan pajakan, penjualan, pembelian
F4 tanah dijadikan cagaran untuk modal
F5 melindungi orang Melayu
F6 kepentingan ekonomi British

3. Senaraikan undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh British.

F1 Peraturan Tanah Perak
F2 Kanun Tanah Selangor
F3 Peraturan Tanah Sungai Ujong
F4 Akta Tanah Simpanan Melayu

4. Nyatakan kesan pengenalan undang-undang berhubung tanah kepada masyarakat Melayu
tradisional.

F1 tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu
F2 perlu membuat permohonan di pejabat tanah
F3 perkembangan sistem ekonomi wang
F4 urusan jual beli, cukai dibayar dengan wang
F5 orang Melayu meminjam wang daripada orang tengah
F6 terpaksa menjual tanah untuk bayar hutang
F7 orang Melayu dibiarkan dalam pertanian tradisional
F8 Wujud pembahagian tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial

5. Nyatakan bentuk perkhidmatan insurans yang ditawarkan pada masa itu.

F1 Insurans maritim/kelautan
F2 Insurans kebakaran
F3 Insurans harta
F4 Insurans perniagaan
F5 Insurans kemalangan
F6 Insurans nyawa

6. Siapakah yang dimaksudkan dengan komprador?

F1 Pemodal
H1 Mempunyai talian rapat dengan British


7. Namakan bank Eropah yang ditubuhkan di Tanah Melayu.

F1 Merchantile Bank
F2 The Chartered Bank
F3 Hong Kong and Shanghai Bank
F4 Algemene Bank Nederland

8. Pada pendapat anda,apakah faedah amalan menabung sejak usia muda?

F1 Menyemai amalan berjimat cermat
F2 Membantu sewaktu dalam kesusahan
F3 Menyemai sikap berdikari
F4 Untuk simpanan pada masa hadapan

9. Pada pendapat anda mengapakah British memperkenalkan undang-undang yang berhubung
dengan pemilikan tanah?

F1 Tanah menjadi elemen utama dalam ekonomi penjajah
H1a Sistem pemilikan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum ini
tidak sesuai
F2 Sistem pemilikan tanah dalam kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod
F3 Catatan yang sempurna perlu dijadikan bukti pemilikan tanah
F4 Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan
tanah
F5 Rekod bertulis dapat memudahkan sebarang urusan pentadbiran
F6 Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan cukai
F7 Rekod bertulis dapat memudahkan sebarang urus niaga terhadap tanah
C7a Contoh urusan seperti pajakan, sewa beli, penjual dan pembelian tanah
F8 Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal
F9 Undang-undang berkonsepkan sistem barat memudahkan pembangunan ekonomi
C9a Contoh undang-undang yang diperkenalkan oleh British di Perak ialah Peraturan
Tanah Perak 1879
C9b Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan di Selangor pada tahun 1891
C9c Di Sungai Ujong Negeri Sembilan, Peraturan Tanah Sungai Ujong telah
diperkenalkan pada tahun 1887

10. Berdasarkan pendapat anda mengapakah kerajaan menggalakkan rakyat menceburkan
diri dalam bidang pertanian pada hari ini?

F1 Memajukan industri pertanian
F2 Mengurangkan import barangan makanan
F3 Menggunakan tanah secara maksimum
F4 Menjimatkan perbelanjaan isi rumah
F5 Mengurangkan kebergantungan sumber bahan mentah dari negara luar
F6 Memajukan teknologi pertanian negara
F7 Dan lain-lain jawapan yang munasabah

11. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan bandar- bandar baru

F1 Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan proses pembandaran
F2 Pembandaran wujud kerana kawasan itu kaya dengan sumber semula jadi
F3 Pembandaran wujud dikawasan pusat kegiatan ekonomi penjajah
F4 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan akan mengalami pertambahan
penduduk
F5 Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan berfungsi sebagai tempat
pengumpulan hasil lombong
F6 Pekan yang berhampiran dengan perlombongan akan menjadi pusat untuk
mendapatkan keperluan harian
F7 Pekan menjadi bandar akibat perusahaan perlombongan
F8 Bandar berfungsi sebagai pusat pentadbiran
F9 Bandar menjadi pusat perbankan
C9a Contoh Kuala Lumpur, Taiping, dan Seremban
F10 Bandar baru juga muncul hasil perlombongan petroleum
C10a Contoh bandar Miri di Sarawak
F11 Bandar baru muncul sebagai pusat perniagaan
F12 Bandar muncul akibat kemajuan ekonomi seperti pertanian komersial
F13 Bandar baru muncul akibat kedudukan yang strategik
H13a Lokasi bandar membolehkan bandar berhubung dengan beberapa buah bandar dan
kawasan lain
F14 Bandar baru muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan bahan mentah
C14a Contoh bandar Kuching merupakan pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir
dan lada hitam

12. Bagaimanakah masyarakat berbilang kaum terbentuk di Tanah Melayu

F1 Kekayaan sumber alam menarik minat imigran dari China dan India ke Tanah
Melayu
F2 Kemakmuran ekonomi menarik minat imigran China dan India ke Tanah Melayu
F3 Kestabilan politik menarik minat imigran China dan India ke Tanah Melayu
ketika zaman penjajah
F4 Dasar penjajah British yang menggalakkan penghijrahan buruh asing
H4a Buruh asing menampung keperluan sumber tenaga manusia di Tanah Melayu
F5 Imigran Cina di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertambah dua kali ganda
F6 Imigran Cina di Negeri Selat juga meningkat
H6a Peningkatan ini menjelaskan pembentukkan masyarakat berbilang kaum di Tanah
Melayu
F7 Kewujudan masyarakat berbilang kaum berbeza-beza mengikut kaum
F8 Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan jenis pekerjaan rakyat
berbeza-beza mengikut kaum
F9 Orang Melayu bertani
F10 Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar
F11 Orang India menoreh getah
F12 Orang India tinggal di estet
F13 Orang Cina berniaga / bekerja di lombong
F14 Orang Cina tinggal di kawasan bandar
F15 Bahasa pertuturan berbeza antara satu sama lain
F16 Tidak terdapat kesepaduan
F17 Tidak terdapat interaksi antara kaum
F18 Keadaan ini menyulitkan proses perpaduan nasional
F19 Keadaan ini menyukarkan usaha membentuk bangsa di Tanah Melayu selepas merdeka

13. Pada pandangan anda mengapakah perpaduan kaum penting
untuk meningkatkan ekonomi negara

F1 Menjamin kestabilan politik
F2 Meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk menanam modal di negara kita
F3 Memudahkan kerajaan menjalankan polisi yang dirancang
F4 Mewujudkan keamanan
F5 Memudahkan rakyat meningkatkan taraf hidup
F6 Menggalakkan sektor pelancongan
F7 Meningkatkan pertukaran wang asing
F8 Bekerjasama untuk meningkatkan ekonomi negara

1 ulasan: