Selasa, 15 November 2011

Panduan Menjawab Kertas Sejarah

1) Tetapkan target/sasaran markah
2) Untuk memperoleh 40% (sekadar lulus)
i) kumpul 56 markah daripada kertas 1 dan kertas 2
ii) Pastikan jawab semua soalan KBKK. Bilangan isi berdasarkan jumlah markah yang
tertera.Lazimnya:
Kertas 2 Bahagian A: 4 pecahan soalan merupakan soalan KBKK dan
memperuntukkan sekurang-kurangnya 8 markah

Bahagian B : 3 pecahan soalan merupakan soalan KBKK
yang memperuntukkan minimum 12 - 18 markah.
3) Kertas 1 - 40 soalan Objektif daripada 19 bab. Lazimnya, 20 soalan Tingkatan
Empat, dan 20 soalan tingkatan 5. Ada soalan daripada setiap bab.

4) Baca soalan dan pilihan jawapan - minimum dua kali. Garisi kehendak soalan. Fahamkan. Baca soalan dan padankan dengan jawapan A,B,C, D.Pilih mana yang paling tepat.

5) Tinggalkan dahulu soalan yang tidak dapat dijawab. Apabila selesai menjawab soalan yang lain, kembali fikirkan soalan yang ditinggalkan tadi.

6) Kira jumlah jawapan A, B, C, D. Lazimnya antara 8 - 12 sahaja.

7) Lazimnya tiada jawapan A, B, C atau D berturutan melebihi 2 kali.

8) Tawakal setelah menjawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan