Selasa, 26 April 2011

Runcingan SPM 2011

Tema 7
BAB 1 :
Tamadun Mesir – SPM 08
1) Mengapakah Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai “anugerah daripada Sungai
Nil” ?
F1 Tamadun Mesir lahir di lembah ini
F2 Limpahan air sungai Nil menukar bentuk bumi yang tandus kepada kawasan yang subur
F3 Lanar yang dibawa membentuk delta yang subur
F4 Delta sesuai untuk kegiatan pertanian
F5 Delta sesuai untuk petempatan kekal

(b) Jelaskan amalan kepercayaan masyarakat Mesir Purba.

F1 Percaya kepada konsep politeisme
F2 Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan unsur alam
F3 Mempercayai kehidupan selepas mati
F4 Mayat disimpan dan dijaga dengan baik
F5 Keperluan selepas mati ditanam bersama mayat
F6 Mayat disolek dan dipakaikan alat kebesaran

(c) Bagaimanakah sistem pendidikan dalam tamadun Mesir Purba?

F1 Pendidikan dikhususkan kepada anak golongan atasan
F2 Kanak-kanak diberi pendidikan sejak kecil
F3 Pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
F4 Pendidikan dijalankan oleh rumah ibadat
F5 Pendidikan bertujuan untuk melahirkan pegawai terlatih
F6 Ilmu yang diajar ialah geometri, matematik dan sains

(d) Buktikan kejayaan yang dicapai oleh masyarakat Mesir Purba kesan penguasaan
mereka dalam bidang matematik dan astronomi ?
F1 Dapat mengawal banjir sungai Nil
F2 Mencipta sistem pengairan
F3 Menukar kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
F4 Memperkenalkan kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun

(e) Huraikan struktur pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Mesir Purba.
F1 Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun.
H1a Firaun menjadi ketua pemerintah
H1b Firaun menjadi ketua pendeta, ketua hakim dan ketua pahlawan
H1c Firaun dibantu oleh golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.

F2 Pada lapisan ke 2 - golongan bangsawan
H2a Golongan bangsawan membantu Firaun dalam menjalankan pentadbiran,
H2b menjaga keamanan dan
H2c menguruskan pengagihan bekalan makanan
H2d Golongan bangsawan terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor wilayah

F3 Pada Lapisan ke 2 - Rahib
H3a Rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir hal keagamaan

F4 Pada lapisan ke 2 - Jurutulis
H4a Jurutulis membantu pentadbiran dengan menulis rekod kerajaan

(b) Jelaskan sumbangan utama tamadun Mesir Purba kepada ketamadunan manusia.
F1 Dalam senibina piramid
H1a Teknik pembinaan bangunan menggunakan batu-bata
H1b pembinaan daripada ilham Inhotep semasa pemerintahan Firaun Djoser
F2 Penciptaan kertas
H2a Penciptaan kertas daripada pokok papyrus untuk menulis
H2b Penyimpanan rekod menggunakan kertas
F3 Mempunyai sistem tulisan Hieroglif
H3a Tulisan awal Mesir kemudian berkembang ke tulisan Hieratik dan kemudian
demotik
H3b Menggunakan tulisan yang cantik sebagai suatu hasil seni
F4 Sistem pendidikan
H4a Memulakan pendidikan di peringkat umur yang rendah
H4b Sistem pendidikan diuruskan oleh rumah ibadat
H4c Sistem pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan
H4d Sistem pendidikan bertujuan melahirkan pegawai kerajaan terlatih
H4e Pengajaran ilmu geometri, matematik dan sains dalam pendidikan
F5 Kemajuan bidang perubatan
H5a melahirkan ramai pengamal perubatan berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat
H5b kemajuan perubatan dilihat dalam proses memumiakan mayat
F6 Bidang ilmu digunakan hingga sekarang
H6a Ilmu fizik , kimia , perubatan dan pembedahan
F7 Pengawalan air Sungai Nil
H7a Ilmu Matematik , algebra , geometri dan astronomi digunakan mengawal banjir
H7b berjaya mencipta sistem pengairan
H7c menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan pertanian
H7d Memperkenalkan kalendar 365 hari dalam setahun

TAMADUN INDUS

a. Namakan bandar terancang dalam tamadun Indus
F1 Mohenjo-Daro
F2 Harappa

b. Nyatakan ciri-ciri bandar terancang tamadun Indus
F1 teratur dan sistematik
F2 terbahagi kepada dua bahagian
F3 dikelilingi tembok
F4 bahagian utama pusat pentadbiran/keagamaan
F5 bahagian kedua kawasan perumahan
F6 susunan blok segiempat
F7 dipisahkan oleh jalan raya yang lurus
F8 sistem kumbahan terancang
F9 sungai sebagai jalan pengangkutan

c. Apakah faktor perkembangan bandar terancang tamadun Indus?
F1 maju dalam bidang geometri dan matematik
F2 kemajuan pembinaan
F3 sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
F4 cinta akan keamanan

d. Apakah usaha yang dijalankan oleh masyarakat Tamadun Indus untuk meningkatkan
lagi mutu bahan binaan?

F1 Pemahaman tentang ilmu geometri
F2 Tidak hanya bergantung pada panas matahari
F3 Batu bata dihasilkan melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi
F4 Pengetahuan dalam ilmu matematik

e. Jelaskan aktiviti ekonomi masyarakat tamadun Indus?
F1 Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan / pertanian /
pertukangan /pembuatan /artisan
F2 Aktiviti perdagangan membabitkan perdagangan luar termasuk dengan Mesopotamia
F3 Bukti penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia
F4 Hasil perdagangannya ialah emas/gading gajah/manik/hasil pertanian
F5 Petani bercucuk tanam makanan seperti
barli/kacang
F6 Golongan artisan menghasilkan barangan logam dan tembikar

f. Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat Keterbukaan tamadun Indus?
F1 cinta akan ilmu
F2 gigih,rajin
F3 perlu pertukaran teknologi
F4 perlu kreatif dan inovatif
F5 menjalin hubungan diplomatik
F6 sedia menerima pengaruh baik
F7 menjalin hubungan perdagangan

g. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah pengajaran sikap yang perlu
dicontohi oleh masyarakat hari ini daripada Tamadun Indus?
F1 Menerima pandangan dan pendapat
F2 Bertukar pandangan dengan pihak lain
F3 Pertukaran teknologi
F4 Meningkatkan hubungan antarabangsa
F5 Memajukan ekonomi
F6 Menjalin hubungan dagangan

TAMADUN HWANG HO

(a) Nyatakan sumbangan Tamadun Hwang Ho dari aspek politik?
F1 sistem pemerintahan monarki
F2 gelaran raja kepada maharaja
F3 konsep anak syurga/mandat dari syurga
F4 amalan putaran dinasti

(b) Berikan 3 langkah yang diambil pada Tamadun Hwang Ho terhadap pembangunan
pertanian/ Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian?

F1 membina terusan/pengairan
F2 teknologi bajak
F3 mencipta cangkul
F4 menggunakan sabit
F5 mengamalkan batas untuk menanam
F6 menukar alat pertanian daripada kayu kepada besi.

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Yin dan Yang?
F1 Yin ialah kuasa pasif manakala Yang ialah kuasa aktif
F2 Alam semester dan kejadiannya terdiri daripada 2 unsur yang saling
melengkapi.

(d) Senaraikan 2 kepentingan kalendar dalam Tamadun Hwang Ho ?
F1 menentukan musim menanam dan menuai
F2 menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan,perburuan dan pengkebumian.

(e) Jelaskan konsep “mandat daripada Tuhan”
F1 Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
F2 Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
F3 Pemerintah direstui tuhan.

(f) Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang dalam tamadun Hwang Ho?/ Nyatakan
ciri-ciri pemerintahan dalam tamadun Hwang Ho?
F1 Berbentuk pemerintahan beraja
F2 Pengganti raja ialah anak lelaki raja/saudara lelaki yang lebih muda
F3 Raja-raja Shang berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran
F4 Percaya kuasa raja adalah mandat daripada tuhan
F5 Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan
F6 Bangsawan bertanggungjawab mentadbir wilayahnya
F7 Bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri
F8 Mereka berhak mengutip cukai, pertahanan dan undang-undang
F9 Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chou apabila mereka mengambilalih
pemerintahan Dinasti Shang

(g) Jelaskan amalan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho.
F1 Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk animisme dan politeisme
F2 Menyembah roh nenek moyang
F3 Menyembah Tuhan syurga (Shang Ti) dan Tuhan bumi (Tu)
F4 Menyembah sungai, bukit dan gunung
F5 acara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara
korban
F6 Upacara penyembahan ini akan diketuai oleh bomoh
F7 Bomoh menggunakan tulang oracle iaitu tulang binatang dan kulit kura-kura
untuk meramal sesuatu
F8 amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China

(h) Nyatakan kelebihan Dinasti Shang hasil kemahiran mereka menguasai teknologi
gangsa
F1 Menghasilkan senjata
F2 Membuat perisai
F3 Hiasan kereta kuda yang digunakan oleh tentera
F4 Peralatan upacara keagamaan
F5 Menundukkan golongan bawahan iaitu golongan hamba

(i) Jelaskan ciri-ciri sistem tulisan tamadun Hwang Ho.

F1 tulisan Ideogram
F2 berbentuk gambar dan simbol
F3 terhasil daripada penilikan tulang oracle
F4 digunakan dalam penulisan
F5 digunakan dalam percetakan
F6 digunakan oleh orang Jepun dan Korea

(j) Nyatakan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada tamadun dunia.
F1 Sistem pemerintahan monarki
F2 Gelaran raja ditukar kepada maharaja
F3 Pembinaan sistem pengairan / terusan
F4 Teknologi pembajakan
F5 Penggunaan batas tanaman
F6 Peralatan pertanian daripada besi / Penciptaan cangkul / sabit
F7 Sistem tulisan / ideogram
F8 Sistem percetakan
F9 Pemujaan roh nenek moyang
F10 Konsep Yin dan Yang serta Feng shui
F11 Sistem kalendar
F12 Pengamalan falsafah perang Sun Tzu

(k) Namakan karya Sun Tzu?
F1 The Art of War

(l) Apakah yang dapat dipelajari daripada karya ‘Sun Tzu’?
F1 selok belok perang
F2 cara menangani musuh
F3 boleh guna dalam strategi perniagaan
F4 strategi mencapai kejayaan dalam hidup

(m) Apakah kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho yang diwarisi sehingga
hari ini?
F1 pemujaan roh nenek moyang
F2 konsep Yin dan Yang
F3 amalan Feng Hsui
F4 kepercayaan animisme dan politeisme
F5 amalan penilikan

(n) Jelaskan sistem kalendar dalam tamadun Hwang Ho
F1 30 hari dalam sebulan
F2 360 hari dalam setahun
F3 digunakan untuk menentukan musim menanam dan menuai
F4 guna dalam upacara perkahwinan, pengebumian dan Perburuan

(o) Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho terhadap peradaban masyarakat China
pada hari ini?
F1 Sistem Tulisan Ideogram
H1a Tulisan ideogram bentuk symbol hasil daripada amalan penilikan tulang
oracle.
H1b Digunakan dalam bidang penulisan dan percetakan.
H3c Di ajar disekolah
F2 Aspek kepercayaan.
H2a Pemujaan roh nenek moyang
H2b Unsur pemujaan.
H4c Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan
barang perhiasan.
H4d Konsep Yin dan Yang ( Kuasa Pasif dan aktif )
H4e Konsep Feng Shui ( hubungan antara manusia dengan alam sekitar. )
F3 Sistem Kalendar ( Pemerintahan Shang )
H3a Terdapat 30 hari sebulan dan 360 hari setahun
H3b Digunakan untuk menentukan musim menanam dan musim menuai
H3c Digunakan juga untuk aktiviti harian seperti perkahwinan, perburuan atau
pengkebumian.
F4 Pengalaman falsafah perang Sun Tzu.
H4a Karya The Art of War
H4b Membincangkan selok belok perang dan cara menangani musuh.
H4c Diaplikasikan sebagai taktik dalam urusan perniagaan

(p) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho
F1 Hamba
F2 Tentera
F3 Petani
F4 Pedagang
F5 Artisan
F6 Pegawai kerajaan
F7 Golongan bangsawan
F8 Golongan agama
F9 Pembesar
10 Raja

(q) Senaraikan ciri negara kota Anyang dalam tamadun Hwang-Ho
F1 Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
F2 Terdapat istana
F3 kuil
F4 Pusat pentadbiran
F5 Raja/ golongan pembesar / golongan agama tinggal di bandar
F6 Dilengkapi tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
F7 Bandarnya dikelilingi perkampungan yang didiami oleh golongan petani

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN
Tamadun Yunani
(a) Apakah ciri-ciri sistem demokrasi yang diperkenalkan di Athens, Yunani.
F1 Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
F2 Warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi ahli Dewan Perhimpunan
F3 Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
F4 Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali sebulan
F5 Ahli Dewan Perhimpunan mencadangkan dasar kerajaan
F6 Dewan Perhimpunan bertanggungjawab melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri.
F8 Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa terhadap Majlis, majistret dan Juri.

(b) Apakah aspek yang dititikberatkan dalam pendidikan di Athens?
F1 pendidikan sukan
F2 pendidikan muzik
F3 pendidikan seni berpidato
F4 pendidikan kesusasteraan
F5 pendidikan membaca, menghafal, menulis

(c) Nyatakan tujuan pendidikan di Athens dan Sparta.
F1 mementingkan pendidikan mental
F2 mementingkan pendidikan rohani dan jasmani
F3 melahirkan golongan sejarawan, ahli falsafah

(d) Tujuan pendidikan di Sparta
F1 mementingkan latihan fizikal
F2 mementingkan kemahiran guna senjata
F3 melahirkan tentera yang gagah
F4 melahirkan warganegara yang setia

(e) Nyatakan dua bentuk pemerintahan yang diamalkan dalam Tamadun Yunani.

F1 Monarki
F2 Oligarki
F3 Aristokrasi
F4 Diktator / tirani
F5 Demokrasi

Tamadun Rom
(a) Nyatakan ciri-ciri demokrasi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di
Rom
F1 Terdapat dalam sistem pemerintahan Republik.
F2 Tiada pemerintah berkuasa mutlak.
F3 Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul
F4 Dua orang Konsul ini dilantik oleh Dewan Senat untuk suatu tempoh
tertentu.
F5 Terdapat dua orang konsul supaya tidak ada yang lebih berkuasa.
F6 Konsul dibantu oleh Dewan Senat.
F7 Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan
H7a membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.
F8 ahli Dewan Senat boleh dilantik sebagai konsul.
H8a Sebelum dilantik sebagai konsul, mestilah seorang pemerintah tentera atau
praeotor.
F9 Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan
F10 Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
F11 Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk
diluluskan.

(b) Apakah tujuan pendidikan di Rom?
F1 Menekankan ilmu yang praktikal
F2 Semangat setia kepada Rom
F3 Melahirkan jurutera
F4 Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan

Tamadun India
(a) Nyatakan perkembangan sistem pendidikan di India
F1 Bermula pada zaman Vedik.
F2 Mementingkan keagamaan
F3 Agama Hindu menjadi terasnya.
F4 Didominasi oleh kaum lelaki,
H4a Golongan wanita tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan,
F5 Memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab veda.
F6 Bahasa sanskrit menjadi medium pengajaran.
F7 Kaedah hafalan untuk mendalami kitab-kitab veda.
F8 untukk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
F9 Segala hukum agama harus dipelajari.
H9a Supaya supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang
diajar oleh agama.
F10 Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
F11 Sebelum lahir Kolej Brahman, pendidikan diberikan di istana dan di rumah.
F12 Pada abad keempat masihi lahir Universiti agama Buddha iaitu Nalanda.
F13 Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan, sesorang harus menghafal
pelbagai buku agama khususnya veda.
H13a Yang mengandungi peraturan ritual, mantera dan lagu-lagu agama.
H13b harus mempelajari karya saintifik dan falsafah.
F14 Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains.
F15 Pendidikan untuk menambah ilmu
F16 Pendidikan untuk mengatasi buta huruf.
F17 Untuk mendapat jawatan dalam pemerintahan.

(b) Nyatakan tiga ciri pendidikan pada Zaman Vedik dalam Tamadun India.
F1 didominasi oleh kaum lelaki
F2 golongan wanita tidak diberi peluang menerima pendidikan
F3 memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab veda / belajar kitab-kitab
veda
F4 penggunaan bahasa Sanskrit sebagai medium pengajaran penting
F5 menggunakan kaedah hafalan.

(c) Nyatakan satu institusi pendiidkan Zaman Vedik.
F1 Universiti Taxila
F2 Universiti Nalanda
F3 Kolej Brahman

(d) Berikan syarat-syarat untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan.
F1 mesti menghafal pelbagai buku agama
F2 mempelajari karya saintifik
F3 mempelajari karya falsafah

(e) Pada pendapat anda, apakah kepentingan pendidikan pada Zaman Vedik dalam
Tamadun India
F1 menambahkan ilmu
F2 mengatasi buta huruf
F3 mendapat jawatan dalam pemerintahan
F4 menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
F5 hidup sempurna dengan nilai-nilai murni
F6 mencapai taraf sebagai Brahmin
F7 meningkatkan ilmu sains

(f) Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan dalam
pembangunan pendidikan?
F1 melahirkan warganegara yang patriotik
F2 berdisiplin
F3 alat perpaduan
F4 berilmu pengetahuan
F5 menguasai kemahiran
F6 membangunkan negara
F7 melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan Jasmani
(mana-mana jawapan yang munasabah)

(g) Apakah ciri-ciri yang menyumbang kepada kegemilangan sesebuah tamadun
F1 masyarakat yang sentiasa bersikap inovatif
F2 sentiasa berusaha membaiki dan meningkatkan kehidupan yang sedia ada
F3 negara yang aman
F4 sistem pemerintahan yang kuat dan adil
F5 adanya pemerintah yang berwibawa dan kuat
F6 peningkatan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang
F7 kemajuan sains dan teknologi
(mana-mana jawapan yang munasabah)

(h) Bagaimana cara Maurya mengasaskan empayar Maurya?
F1 Menyatukan kerajaan kecil (janapada) di utara India
F2 Menukar status raja kepada maharaja

(i) Apakah kejayaan yang dicapai Asoka, sehingga dianggap Zaman kegemilangan
Dinasti Maurya?
F1 Berjaya menamatkan perang saudara
F2 Menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F3 Menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha
F4 Maharaja berkuasa mutlak
F5 Berjaya membentuk birokrasi pentadbiran

(j) Undang-undang Dinasti Maurya diukir pada tiang batu yang dikenali Kepala
Tiang Asoka. Berikan contoh undang-undang yang diukir pada tiang tersebut
F1 Raja atau pemerintah diumpamakan bapa oleh masyarakatnya
F2 Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam
upacara korban.

(k) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan kelebihan cara perluasan
empayar dilakukan bukan melalui kekerasan seperti yang dilakukan oleh Asoka.
F1 Kesejahteraan rakyat terpelihara
F2 Pemerintahan secara adil
F3 Mengelakan ramai rakyat terkorban
F4 Meningkatkan kedamaian dan kemajuan sosial
F5 (mana-mana yang munasabah)


(l) Sebagai seorang warga negara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang
perlu anda lakukan untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.
F1 Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
F2 Menghormati dan tidak mencabar undang-undang
F3 Menjadi pengamal undang-undang / peguam / hakim
F4 Sentiasa mjadikan undang2 sbg rujukan dlm bertindak
F5 Menanam kesedaran dikalangan rakyat tentang kepentingan undang-undang
F6 Mendedahkan undang2 diperingkat sekolah / institusi
(mana-mana yang munasabah)

Tamadun China

(a) Siapakah orang yang bertanggungjawab dalam perluasan kuasa dalam tamadun
China?
F1 Maharaja Shi Huang Ti

(b) Perluasan kuasa oleh Dinasti Chin telah menukar pemerintahan berbentuk
sistem feudal kepada pemerintahan berpusat. Senaraikan ciri-ciri sistem
pemerintahan berpusat yang diamalkan.

F1 Konsep Maharaja menggantikan raja
F2 Pemerintahan secara autokratik iaitu tegas dan mutlak
F3 Menghapuskan golongan bangsawan
F4 Gabenor dan panglima tentera dilantik mentadbir wilayah
F5 birokrasi awam ditubuhkan, pegawainya dilantik oleh Maharaja
F6 Jawatankuasa perkhidmatan awam (Hon Kao Tsu) menentukan perlantikan pegawai
F7 Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam

(c) Undang-undang yang diperkenalkan di China berasaskan falsafah legalisme yang
ditulis oleh Han Fei Tzu. Apakah prinsip falsafah legalisme ini?

F1 hukuman berat dan bercorak kolektif
F2 dalam melaksanakan undang-undang tidak harus wujud belas kasihan.
F3 Undang-undang / penguatkuasaan harus dipelihara tidak kira apa jua keadaan.
F4 Raja mesti memiliki kuasa utuh untuk membendung tingkah laku liar manusia

(d) Matlamat utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam
kerajaan. Bagaimana peperiksaan ini dikendalikan.

F1 Dikendalikan dengan ketat
F2 Mereka yang meniru dihukum mati
F3 Pemeriksa dikurung sebelum hari peperiksaan
F4 Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan dalam bilik ,
F5 disediakan makanan
F6 Calon dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan 3 pandangan bagaimana
pendidikan boleh menyumbang ke arah kemajuan sesebuah negara.

F1 Melahirkan sumber tenaga kerja yang mahir
F2 Melahirkan pemimpin yang berpandangan jauh
F3 Melahirkan masyarakat yang berpengetahuan
F4 Melahirkan masyarakat yang berinovasi
F5 (mana-mana yang munasabah)

(f) Apakah tujuan peperiksaan awam di China?
F1 menjadi pegawai kerajaan
F2 menjadi pendidik
F3 hafal tulisan ideogram
F4 mengarang sastera
F5 terjemahan kitab suci

(g) Pada pandangan anda, bagaimanakah sistem pendidikan di Malaysia dapat
mewujudkan perpaduan kaum?
F1 sukatan pelajaran yang sama
F2 bahasa pengantar yang sama
F3 sistem persekolahan yang sama
F4 penglibatan semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum
F5 menerap nilai-nilai murni
F6 perkenalkan sekolah wawasan
F7 perkenalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


(h) Namakan dua tokoh penakluk yang meluaskan kuasa dalam zaman peningkatan tamadun
di atas.
F1 Raja Phillip II
F2 Alexander The Great / Iskandar Zulkarnain
F3 Augustus Caesar
F4 Chandragupta Maurya
F5 Asoka
F6 Maharaja Shih Huang Ti
F7 Maharaja Han Wu Ti

(i) Pada pendapat anda, apakah tiga cara yang boleh diambil oleh generasi hari
ini untuk memelihara dan mempertingkatkan tamadun negara kita.

F1 Bersikap inovatif
F2 Berusaha memperbaiki diri
F3 Meningkatkan kehidupan yang sedia ada
F4 Belajar dari sejarah masyarakat lampau
F5 mempunyai ilmu pengetahuan dalam semua aspek kehidupan
F6 Berani meneroka bidang baru
F7 Meningkatkan pemikiran dan kemahiran
F8 Menguasai sains dan teknologi
F9 Mana-mana jawapan yang munasabah

BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA

(a) Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.

F1 Dibawa oleh Ksyatria / disebar melalui golongan penakluk dari India
membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
F2 Dibawa oleh pedagang/vaisya
F3 Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
F4 Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
F5 Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
F6 Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang
lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara

(b) Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan
kerajaan awal di Asia Tenggara

F1 Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
F2 Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
F3 Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
F4 Raja berada di puncak pemerintahan
F5 Di bawahnya terdapat kerabat diraja
F6 Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
F7 Di ikuti dengan rakyat
F8 Hamba golongan paling bawah

F9 Raja berkuasa mutlak
F10 Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
F11 Perintah raja menjadi undang-undang
F12 Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
F13 Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
F14 Raja sebagai bayangan tuhan
F15 Rakyat takut menderhaka
F16 Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
F17 Dipercayai memiliki kesaktian
F18 Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
F19 Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
F20 Wujud adat istiadat pertabalan raja
F21 Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
F22 Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
F23 Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
F24 Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
F25 Bertujuan menjadi raja terulung
F26 Mendirikan kompleks kota
F27 Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
F28 Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
F29 Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
F30 Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati yang menjadi ketua
pentadbiran pusat

(c) Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di
Asia Tenggara ?

F1 Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan
F2 Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
F3 Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
F4 Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama
Buddha
F5 Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja
F6 dan undang-undang
F7 memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu
bersurat
C7a contohnya inskripsi di Palembang
F8 menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat batu bersurat
di Lembah Bujang
F9 bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama / bacaan mentera /
upacara keagamaan
F10 perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka /
manusia / pahala / rupa / sengsara
F11 bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
F12 pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta
Puranas
F13 pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma,
Arjunwiwaha, Kunjarkarma
F14 Penceritaan lisan dan wayang kulit
F15 Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa
Lima, Hikayat Seri Rama
F16 Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen

Tema 8
Perjanjian Aqabah

(1) Perjanjian Aqabah yang termeterai antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi
Muhammad s.a.w di Aqabah pada tahun 621 M telah mendorong penghijrahan orang
Islam dari Mekah ke Madinah.


(a) Nyatakan isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama ?
F1 Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
F2 Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
F3 Mereka tidak akan melakukan amalah jahiliah seperti mencuri,meminum arak
dan membunuh bayi perempuan
F4 Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
F5 Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
F6 Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal
F7 Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah
F8 Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam
F9 Menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah

(2)Sebutkan isi Perjanjian Aqabah Kedua.
F1 Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w
F2 Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah
ke Madinah.
F3 Mereka menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan orang Islam
F4 bersedia mempertahankan Islam

(3) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan Perjanjian Aqabah
kepada perkembangan Islam ?
F1 Menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari
kota Makkah ke kota Madinah.
F2 Islam dapat disebarkan secara aman di Madinah
F3 Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam
Makkah.
F4 Bilangan orang memeluk Islam meningkat.
F5 Memperlihatkan kebijaksanaan dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
F6 Perpaduan dan keharmonian hidup pelbagai bangsa menentukan pembentukan
tamadun Islam.

(4) Jelaskan Iktibar yang boleh diambil daripada Perjanjian Aqabah demi memperkukuh
perpaduan dan keamanan negara kita Malaysia.
F1 Kesabaran dalam menangani masalah dalam masyarakat
F2 Kebijaksanaan pemimpin menyelesaikan konflik dalam masyarakat
F3 kemurnian akhlak
F4 Hormat-menghormati antara kaum
F5 Bantu – membantu sesama masyarakat


(2) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy
terhadap dakwah Islamiyah di Makkah. ( ms. 111 – 113)

F1 Mencemuh Nabi Muhammad s.a.w
F2 Mengganggu Nabi Muhammad s.aw semasa beribadat
F3 Mengejek ajaran Islam melalui puisi
F4 Memujuk Nabi Muhammad s.a.w meninggalkan dakwah Islamiyah dengan pelbagai
tawaran
F5 Memulau Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda
F6 Merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w

(3) Berikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w dan orang-orang Islam berhijrah ke
Madinah.(ms. 113 dan ms 121)
F1 Mengatasi ancaman orang Quraisy terhadap orang Islam
F2 Meneruskan dakwah Islamiyah
F3 Menerima perintah Allah
F4 Memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj
F5 Mahu mendirikan sebuah kerajaan Islam
F6 Bertujuan mendamaikan masyarakat Madinah yang bermusuhan

Hijrah
(2) Jelaskan konsep hijrah
FI perkataan Arab iaitu berpindah
F2 perpindahan dari satu tempat ke tempat lain
F3 perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah
F4 dilambangkan semangat ingin berubah
F5 perubahan cara berfikir, tingkah laku
F6 meninggalkan keburukan
F7 menegakkan kebenaran

(3) Nyatakan hujah yang menyangkal tafsiran Orientalis Barat menganggap hijrah
sebagai suatu pelarian.
FI jemputan penduduk Madinah
F2 ketibaan orang Islam disambut meriah
F3 disambut dengan rela hati
F4 orang Islam diberi tempat tinggal
F5 diberi jaminan keselamatan.
F6 Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin

4) Nyatakan faktor berlakunya hijrah 622 M.
FI penentangan berterusan Quraisy
F2 ada pakatan untuk membunuh baginda
F3 jemputan masyarakat Arab Madinah
F4 ingin menyebarkan Islam
F5 perintah Allah menerusi wahyu

(5) Jelaskan kepentingan hijrah
FI tahun hijrah dalam takwim Islam diperkenalkan
F2 nama Yatrib ditukar kepada Madinah al- Munawwarah
F3 membina masjid al- Nabawi
F4 masjid menjadi tempat belajar, beribadat, membincangkan masalah
F5 membentuk negara Islam Madinah
F6 merangka Piagam Madinah
F7 dakwah dapat dilaksanakan dengan aman
F8 menyatupadukan penduduk Madinah

(6) Bagaimanakah konsep hijrah boleh digunakan dalam kehidupan harian seorang
pelajar?
F1 berubah daripada malas kepada rajin
F2 berubah daripada degil kepada patuh
F3 berubah daripada sifat negatif kepada positif
F4 berubah daripada ponteng sekolah kepada hadir penuh
F5 berubah daripada melanggar peraturan kepada berdisiplin
F6 berubah daripada sikap biadap kepada sopan

Piagam Madinah
(7) Apakah yang anda faham tentang Piagam Madinah?
F1 Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada
tahun 622M
F2 Digubal berpandukan wahyu Allah
F3 Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
F4 Berkaitan mengenai masyarakat Islam dan bukan Islam
F5 Mencatatkan mengenai peraturan berkaitan dengan
politik, agama, sosial, perundangan. Ekonomi , pertahanan dan kedudukan
Yahudi
F6 Mengenai tanggung jawab ketua Negara dan rakyat
F7 Merupakan persetujuan di antara orang Islam dan bukan Islam

(8) Nyatakan kepentingan Piagam Madinah dari aspek ekonomi?
F1 Orang Islam dilarang mengamalkan riba dalam perniagaan
F2 Penipuan dalam perniagaan adalah dilarang
F3 Amalan rasuah tidak dibenarkan
F4 Orang Islam dilarang menindas golongan lemah/ miskin
F5 Menggalakkan sifat bertimbang rasa dan
F6 Bersedekah adalah dituntut dalam Islam
F7 Orang Islam mesti adil dan telus dalam perniagaan


(9) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah Nabi Muhammad SAW
mendirikan kerajaan Islam Madinah
F1 Baginda menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan Kerajaan
Islam Madinah
F2 Masyarakat Madinah telah diikat dengan perjanjian yang lengkap Sebelum
bernaung di bawah sebuah pemerintahan
F3 Baginda meletakan Allah sebagai kuasa tertinggi dalam pemerintahannya.
F4 Baginda telah menyusun kehidupan rakyat dengan sistematik
F5 Melalui musyawarah
F6 Melalui diplomasi

(10) Pada pendapat anda, apakah nilai –nilai dari Piagam Madinah yang boleh
dipraktikan di negara kita ?
F1 Mengutamakan perpaduan
F2 Mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan
F3 Mempunyai wawasan yang tinggi
F4 Berjiwa besar
F5 Bersikap pemaaf
F6 Tidak berputus asa
F7 Cekal menghadapi haling

(11) Buat satu rumusan tentang kandungan Piagam Madinah.
F1 Mengandungi 47 fasal iaitu 23 fasal
F2 berkaitan orang Islam dan 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam.
F3 Nabi Muhammad sebagai pemimpin
F4 Baginda berperanan sebagai ketua hakim.
F5 Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
F6 Setiap individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
F7 Masyarakat Madinah merupakan satu
F8 Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.
F9 Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh
F10 Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.
F11 Kerjasama dituntut demi memajukan ekonomi negara.
F12 Unsur riba dan penipuan dihapuskan dalam perniagaan.
F13 Anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.
F14 Keselamatan orang Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan
Madinah.

Penyebaran Islam

(1) Jelaskan bagaimanakah Nabi Muhammad menyususn strategi untuk menyebarkan
Islam.
F1 menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan
Semenanjung Tanah Arab
F2 tidak memaksa memeluk Islam
F3 menggunakan diplomasi
F4 menunjukkan nilai-nilai yang baik
F5 menyeru melalui warkah
F6 Mewujudkan persefahaman dengan wilayah lain

(2) Namakan dua peperangan yang berlaku pada zaman awal penyebaran Islam
F1 Perang Badar
F2 Perang Uhud
F3 Perang Khandak
F4 Perang Tabuk

(3) Nyatakan dua sebab berlakunya peperangan tersebut?
F1 Penindasan Arab Quraisy
F2 Arab Quraisy menyerang orang Islam
F3 Mencari keamanan
F4 Memelihara tempat ibadat
F5 Menjaga maruah Negara
F6 Menentang kezaliman
F7 Mempertahankan diri

(4) Apakah tindakan Nabi Muhammad ke atas tawanan Arab Quraisy dalam Perang
Badar?

F1 Mengampunkan tawanan Arab Quraisy
F2 Membebaskan tawanan wanita
F3 Membebaskan kanak-kanak
F4 Tawanan lelaki diberikan syarat membebaskan diri
dengan mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis
hingga pandai

(5) Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam
peperangan.

F1 Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak,
wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri
F2 Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
F3 Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
F4 Dilarang merobohkan tempat ibadat

(6) Nyatakan dua sebab Islam membenarkan umatnya berperang.

F1 Apabila diserang oleh musuh
F2 Untuk mencari keamanan
F3 Untuk memelihara tempat ibadat
F4 Menjaga maruah negara
F5 Memelihara daripada kemusnahan harta benda
F6 Melindungi orang yang tidak berdosa

(7) Nyatakan dua bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

F1 Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
F2 Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
F3 Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar
sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai

(8) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan daripada
berlaku ?

F1 Mengamalkan akhlak yang mulia
F2 Saling bertolak ansur
F3 Kepimpinan melalui teladan
F4 Menghormati hak asasi
F5 Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi
pemerintahan

(9) Berikan tiga pengajaran daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW semasa
menyebarkan agama Islam.

F1 Umat Islam digalakan mengamalkan akhlak yang mulia
F2 Hendaklah bekerjasama dalam perjuangan
F3 Taat / patuh terhadap pemimpin
F4 Menunjukkan teladan yang baik
F5 Mengamalkan sikap bertolak ansur

Perjanjian Hudaibiyah
Kunjungan orang Islam Madinah ke kota Makkah pada tahun 628 M telah disekat oleh orang Arab Quraisy dan menimbulkan konflik hingga membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah.

(1) Nyatakan tujuan orang-orang Islam Madinah mengunjungi kota Makkah.
F1 Bercadang menziarahi Makkah
F2 Mengunjungi Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
F3 Mengerjakan umrah

(2) Berikan sebab-sebab Usman bin Affan dipilih sebagai wakil untuk menerangkan
kepada orang Arab Quraisy tentang tujuan kunjungan orang Islam.

F1 Usman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.
F2 Merupakan sahabat yang matang berbanding sahabat lain.
F3 Sifatnya yang lembut / bertolak ansur

(3) Sebutkan kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

F1 Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
F2 Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang
Quraisy Makkah.
F3 Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak
perlu dipulangkan.
F4 Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya
perlu dipulangkan semula.
F5 Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H)

(4) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada perjanjian tersebut ?

F1 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.
F2 Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
F3 Orang Arab bebas menganut sebarang agama
F4 Islam berkembang meluas
F5 Bilangan penganut Islam meningkat
F6 Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
F7 Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
F8 Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
F9 Perintis pembukaan semula kota Makkah

(5) Mengapakah Nabi Muhammad bertindak menguasai semula kota Makkah pada tahun
630 M .
F1 Pihak Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah.
H1a Mana-mana kabilah bebas memihak samada Islam Madinah atau Quraisy Makkah
H1b Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.
F2 Sebagai strategi untuk meneruskan penyebaran Islam.
H2a Sebagi pusat ibadat umat Islam untuk mengerjakan umrah dan haji
H2b Penguasaan sepenuhnya Kota Makkah memudahkan dakwah dijalankan
F3 Menguasai Makkah, kedudukan kerajaan Islam Madinah menjadi lebih mantap.
H3a Kerajaan Islam tidak lagi diganggu oleh orang Quraisy Makkah

(6) Jelaskan strategi yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk menguasai
semula kota Makkah?
F1 Berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.
H1a Menawarkan pengampunan dan keselamatan kepada penduduk Makkah
F2 Menyediakan empat pasukan tentera yang
H2a terdiri daripada 10, 000 orang
H2b yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin
Ubadah dan Zubair al-Awwam.
F3 Memasuki kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan.
H3a Utara , Timur , Barat dan Barat Daya
F4 Orang Quraisy dikepung dengan rapi.
H4a Melemahkan moral orang Quraisy

(7) Huraikan kepentingan pembukaan semula kota Makkah terhadap perkembangan
Islam.

F1 Pengislaman tokoh Quraisy
H1a Abu Sufian dan Ababs menyebabkan orang Quraisy turut memeluk Islam.

F2 Menekankan kepentingan perpaduan
H2a dalam sesebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

F3 Sifat nabi Muhammad s.a.w yang memaafkan orang Quraisy
H3a menyebabkan Islam tersebar dengan meluas.

F4 Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah.
H4a Memusnahkan patung-patung / berhala disekitar Kaabah

F5 Agama menyembah berhala masyarakat Quraisy telah digantikan dengan Islam.
H5a Kesucian agama Islam terpelihara / Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam.

F6 Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.
H6a Sistem pendidikan Islam berkembang

F7 Penguasaan terhadap Makkah telah mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam
yang kuat.
H7a Pembukaan kota Makkah menjadi perintis ke arah penyebaran Islam ke seluruh
Tanah Arab.

F8 Pembukaan semula kota Makkah membuktikan bahawa negara Islam Madinah begitu
kukuh.
H8a Tiada lagi ancaman daripada Quraisy Makkah


(8) Apakah pengajaran yang dapat diambil daripada perjanjian tersebut ?

F1 Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya.
F2 Orang Islam bebas memasuki kota Makkah / beribadat di Kaabah
F3 Orang Arab bebas menganut sebarang agama
F4 Islam berkembang meluas
F5 Bilangan penganut Islam meningkat
F6 Pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy
F7 Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w
F8 Orang Quraisy Makkah mengiktiraf kerajaan Islam Madinah
F9 Perintis pembukaan semula kota Makkah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan