Khamis, 3 Jun 2010
Kita bercuti lagi
Minggu ini ( 31/5 - 4/6) merupakan minggu terakhir persekolahan bagi penggal pertama. Paling menggembirakan semua murid, Peperiksaan Pertengahan Tahun selesai. Bagaimana nanti keputusannya... tentu tolak ke tepi. Perkara paling penting... cuti. Cuti puas-puas-puas. Tidur puas-puas. Main puas-puas.
Namun anak-anak didik yang dikasihi, buka sekolah nanti kita sudah berada di penghujung Jun. Pastinya semua tugasan PBS sudah selesai. Tinggal sebulan dua untuk menduduki Peperiksaan Percubaan PMR/SPM. Tinggal tiga empat bulan untuk menduduki peperiksaan sebenar. Bila mahu bersedia?
Lantaran itu, cuti ini jadikan detik permulaan belajar secara sistematik. Bagi yang belum merancang jadual pembelajaran, inilah ketikanya. Usah bertangguh.JANGAN LUPA BUKU. Selamat Bercuti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan