Selasa, 15 November 2011

Untuk kali ini sahaja....

SPM bermula lagi.....
Sejarah.... teras tapi.............

Bacalah nak,
pergunakan kemahiran yang ada
manfaatkan segala yang dipelajari
dan
jawablah
peluang untuk cemerlang
luas terbentang


Tingkatan 4
Tema 7 : Bab 1 : Tamadun Indus, Tamadun Hwang Ho
Bab 3 : Pengaruh Hindu dan Buddha - monumen, bahasa sanskrit

Tema 8 : Bab 5 : Perjanjian Aqabah, Hijrah, Piagam madinah, Perang dalam Islanm
pembukaan semula Kota Makkah
: Bab 6 : Khalifah Uthman, Khalifah Ali, Pertembungan Tamadun Islam dengan
tamadun lain di dunia
: Bab 8 : Kesan pengaruh Islam - pentadbiran, pendidikan, perdaganagn, gaya
hidup
Tema 9 : Bab 10 : Dasar British, Akta Tanah Simpanan Melayu, pekebun kecil, sistem
pengangkutan, kemasukan buruh asing

Tingkatan 5 :
Tema 10 : Bab 1 : Birokrasi barat di asia Tenggara - Inndonesia, Thailand, Filipina,
Burma
Bab 2 : Penentangan Sarawak, Gerakan Islah, isu akhbar/majalah

Tema 11 : Bab 4 : Malayan Union
Bab 5 : Suruhanjaya Reid, Persekutuan Tanah Melayu 1957
Bab 6 : Pembentukan Malaysia
Bab 7 : Perlembagaan
Bab 8 : Dasar Pelajaran, bahasa Kebudayaan, wawasan 2020
Tema 12 : Bab 9 : Perang Dunia 1 dan 2, OIC, NAM, Komanwel, Negara-negara Selatan

Untuk kali ini sahaja....

Isnin, 14 November 2011

Untuk anak-anak didik calon SPM 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM. Semoga beroleh taufik dan hidayah-Nya semasa menjawab soalan. Buktikan anda tidak membuang masa selama 11 tahun berada dalam alam persekolahan anda ( 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun di sekolah menengah)

Selasa, 16 Ogos 2011

Modul Skor A - Untuk Rujukan

Soalan Struktur

Soalan 1:

Senaraikan peperangan yang berlaku di Madinah antara tahun
622 – 630 Masihi.

Perang Badar
Perang Uhud
Perang Khandak
Perang Tabuk
Mana-mana 2 x 1 m

Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam
dalam peperangan.


Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua,
kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri
Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
Dilarang merobohkan tempat ibadat

Mana-mana 2 x 1 m

Nyatakan dua sebab Islam membenarkan umatnya berperang.

Apabila diserang oleh musuh
Untuk mencari keamanan
Untuk memelihara tempat ibadat
Menjaga maruah negara
Memelihara daripada kemusnahan harta benda
Melindungi orang yang tidak berdosa

Mana-mana 2 x 1 m

Nyatakan dua bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan.

Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai

Mana-mana 2 x 1 m

Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan
peperangan daripada berlaku ?


Mengamalkan akhlak yang mulia
Saling bertolak ansur
Kepimpinan melalui teladan
Menghormati hak asasi
Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi pemerintahan
(Mana-mana yang munasabah)
Mana-mana 2 x 1 m

Soalan 2:

Dua ciri pendidikan tidak formal formal


Pendidikan awal atau asuhan keluarga
Menekankan pengajaran nilai-nilai moral
Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian
Melalui kaedah bercerita- cerita binatang dan jenaka
Melalui pergaulan social- pantang larang dan adat istiadat
Disampaikan melalui pantun, peribahasa dan teka -teki


Apakah fungsi istana dalam masyarakat Melayu tradisional

Pusat pengajian agama
Tempat ulama mengajar agama
Tempat ulama bertemu dan berbincang hal agama
Tempat mengembangkan ilmu tasawuf
Tempat menyimpan buku-buku hikayat
Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran


Nyatakan ciri-ciri sistem pendidikan pondok dalam masyarakat Melayu tradisonal

Dilaksanakan secara teratur
Penekanan kepada ilmu keagamaan
Menyediakan pelajar untuk bertugas sebagai guru agama dan untuk masyarakat
Meluas di Kedah, Kelantan,Terengganu, Perlis dan Pattani
Tidak mempunyai batasan waktu
Mengambil masa yang lama untuk menamatkan pengajian


Bagaimanakah sistem madrasah dijalankan

Diperkenalkan oleh Bani Saljuk di Iraq
Berdasarkan sukatan pelajaran
Dilaksanakan secara kelas
Pendidikan mengikut tahap
Tahap permulaan, pertengahan dan pengkhususan
Diawasi oleh mudiriaitu guru besar
Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan



Pada pandangan anda mengapakah pendidikan tidak formal diperlukan oleh masyarakat hari ini

Menanamkan nilai-nilai murni
Mengekalkan kemahiran tradisional
Menghormati orang tua
Melahirkan masyarakat yang bermoral
Membasmi gejala sosial
Melahirkan masyarakat yang bersopan santun
( mana-mana jawapan calon yang munasabah )


Soalan 3:
Berikan tiga sebab Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan
Union ?


Raja-Raja Melayu diugut
Akan diturunkan takhta
Kebanyakan Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding i
Atas dasar setiakawan


Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu sekiranya Malayan Union dilaksanakan.

Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu
Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu
Tiada sebarang kuasa
Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu
Tiada kuasa untuk memungut zakat fitrah


Senaraikan dua kesan pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang
dagang.


Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi
Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil
Ekonomi orang Melayu akan merosot
Pendidikan orang Melayu akan bertambah mundur
Pendidikan orang lambakan bangsa lain di Tanah Melayu


Sebutkan dua sebab golongan radikal Melayu menyokong gagasan Malayan
Union.


Dasar menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi satu unit politik
Dapat melicinkan pentadbiran
Dasar sama rata Malayan Union yang akan menghapuskan hak-hak
perlindungan kepada orang Melayu
Kerakyatan MU yang terbuka dapat mengekalkan kerakyatan asal mereka Mempercayai janji British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu


Pada pandangan anda , apakah tindakan yang akan diambil oleh anda bagi menghalang Malayan Union?

Berbincang/mesyuarat.
Demonstrasi secara aman
Berkabung
Mengadakan sembahyang hajat
Bersatu
Mana-mana jawapan munasabah

Soalan 4:
Apakah matlamat penubuhan NAM ?


Mengekalkan keamanan dunia
Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis
Membangunkan negara anggota
Mengelak campur tangan asing
Bertukar-tukar pendapat untuk keamanan dan pembangunan
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan melalui rundingan dan persefahaman


Senaraikan tiga prinsip perjuangan NAM.

Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
Menghormati kedaulatan sesebuah negara
Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara
melalui rundingan dan persefahaman
Menghormati hak asasi manusia
Membela kepentingan negara anggota / negara sedang membangun


Nyatakan empat isu-isu yang dibangkitkankan oleh Malaysia dalam Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana negara.
menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
menubukan Kumpulan G15
ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
menghidup kembali NAM
Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq


Sumbangan Malaysia dalam NAM

Mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
Dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM Belgrade,Yugoslavia
Dilantik sebagai ahli Kumpulan G16
Menjadi Tuan Rumah kepada Sidang Kemuncak NAM ke13
Mengeluarkan Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM
Pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq

Soalan Esei:
Soalan 5:
Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah.



Lelaki yang merdeka
Beragama Islam
Memiliki pengetahuan tentang Islam
Bersifat adil dan sanggup melaksanakan hukum Allah
Mempunyai akhlak yang baik
Tubuh yang sihat dan sempurna serta berfikiran cerdas
Pandai mentadbir kerajaan


Senaraikan tugas-tugas khalifah dalam Islam.


Menjadi ketua negara
Memelihara kedudukan agama Islam
Mentadbir negara mengikut al-Quran dan Sunnah
Menitikberatkan keseimbangan antara keperluan rohaniah dan jasmaniah
Memastikan kelicinan pentadbiran negara
Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh
Melantik atau melucutkan jawatan pegawai pantadbiran negara
Menjaga kebajikan rakyat
Menjaga dan meneruskan ajaran Allah
Mengekalkan perpaduan Ummah
Memantapkan Sistem perundangan Islam
Menguruskan kewangan negara
Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat


Terangkan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahan beliau.

Politik Pentadbiran

Menubuhkan Majlis Syura - dianggotai oleh golongan Ansar dan Muhajirin
Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
Beliau melantik Wali / Gabenor sebagai ketua pentadbir awam
Menubuhkan beberapa jabatan penting-
Cth ; Jabatan tentera, Polis, Percukaian dan Perbendaharaan Negara
Jabatan diketuai oleh khatib atau setiausaha
Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain
Hakim dibayar gaji lumayan


Sosial
Mengembangkan pengajian al-Quran
Menyediakan tempat pembelajaran al-Quran
Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah
Memperkenalkan kalendar hijrah
Tahun Hijrah menjadi titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.
Ketenteraan
Khalifah Umar menyusun semula sistem ketenteraan
Membentuk tentera tetap dan tentera sukarela
Tentera dibayar gaji
Tentera diberi pakaian seragam
Beliau membina markas tentera dibandar utama

Membina kubu pertahanan di sempadan yang menghadap negara musuh
Beliau mewujudkan jawatan panglima tentera
Menggantikan Khalid al- Walid dengan Abu Ubaidah al-Jarah sebagai panglima

Ekonomi
Membina terusan dan taliair- untuk meningkatkan hasil pertanian
Cth: Empangan Abu musa ( Basrah ) dan Terusan Amirul Mukminin ( Mesir )
Menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian
Meneroka tanah baru dan mengusahakan tanah terbiar
Memperkenalkan pelbagai jenis cukai/Jizyah ( cukai kepala ) / Kharaj ( cukai tanah )
Mendirikan Baitulmal
Mewujudkan sistem pentadbiran tanah-tanah bertuan dan tanah tidak bertuan

Soalan 6:

Istana merupakan tempat ulama membicarakan hukum Islam dengan sultan dan pembesar negeri

Ulama menyampaikan ilmu pengetahuan Islam dan menasihati sultan di istana

Istana juga merupakan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan

Surau ialah tempat pengajaran al-Quran

Gurunya mengajar secara tidak tetap

Madrasah ialah tempat melaksanakan sistem pendidikan formal

Pondok atau dayah merupakan pusat pendidikan Islam formal terawal

Mata pelajaran yang diajar di pondok ialah Fikah,Usuludin,Tasauf,Hadis dan Tafsir
Bahasa pengantar ialah bahasa Melayu dan Arab

Keperluan asas di pondok seperti makan minum disediakan oleh pelajar sendiri

Pelajar yang menuntut di pondok terdiri daripada masyarakat tempatan dan dari negara lain di Asia

Terdapat pusat penterjemahan karya agama yang menjadi tempat rujukan kerajaan Islam seperti di Samudera Pasai

Sistem pendidikan di Acheh

Acheh menggantikan Melaka sebagai pusat pendidikan

Sistem pendidikan di Acheh lebih sistematik

Terdapat beberapa peringkat sistem pendidikan di Acheh
Peringkat rendah/rangkang
Peringkat menengah/munasah
Peringkat pengajian tinggi / universiti (Jamiah Bait al- Rahman)

Ramai relajar dari luar Acheh mendalami ilmu pengetahuan Islam di Acheh

Acheh digelar Serambi Mekah

Wanita juga digalakkan belajar di Acheh

Mereka diberi peluang memegang jawatan dalam pentabbiran
Mana-mana 2 x 1m

Kepentingan ilmu dalam Islam

Umat Islam wajib menuntut ilmu sama ada lelaki atau perempuan

Sikap terhadap kepentingan ilmu dapat ditanamkan ke dalam jiwa semua golongan masyarakat

Sikap mementingkan ilmu menjadi titik tolak kepada perkembangan pendidikan

Kewujudan institusi pendidikan Islam formal sebagai tempat menimba ilmu

Soalan 7:
Nyatakan perubahan sistem pentadbiran di Filipina kesan penjajahan Sepanyol.
Sebelum kedatangan Sepanyol, Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dipanggil barangay
Barangay diperintah oleh golongan datu
Selatan filipina wujud kerajaan Islam
Selepas kedatangan Sepanyol, sistem pentadbiran berpusat diperkenalkan di Filipina
Peringkat pusat diketuai oleh Gabenaor Jeneral
Pentadbiran wilayah diketuai oleh Ketua Datuk Bandar
Pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
Pentadbiran tempatan mengikut Sistem Encomienda
Pemerintah Encomienda dikenali sebagai Encomiendero
Tugas Encomindero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai, dan mengkristiankan penduduk barangay
Sistem Encomienda dibenci kerana mengenakan cukai yg tinggi dan kerahan tenaga
Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan sistem pemerintahan tradisional dan pengaruh golongan datu
Mana-mana 8 x 1 m

(i) Jelaskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina.
Gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal
Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan Barat
Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol
Bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
Diberikan hak kebebasan bersuara
Menubuhkan Liga Filipina
Bertujuan mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik, ekonomi dan sosial
Kerajaaan Sepanyol berasa terancam
Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao, dan dibunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
Gerakan dakyah berakhir
Mana-mana 4 x 1 m

(ii) Terangkan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina

Bermula apabila Andres Bonifacio
menubuhkan Katipunan
menentang secara radikal
matlamat menyatukan bangsa Filipina
mencapai kemerdekaan melalui revolusi
menggunakan media cetak untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat
Kalayan merupakan akhbar rasmi
melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol tetapi gagal
Katipunan semakin lemah selepas Andres Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguilnaldo

Emilio Aguinaldo
Anggota Katipunan dan Datuk Bandar di Cavite
Bersama-sama Andres Bonifacio melancarkan pemberontakan
dilantik sebagai Presiden Kerajaaan Revolusi Filipina (1897)
Aguinaldo bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol (1898)
kesannya, penguasaan Amerika Syarikat di Filipina
Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo (1899) tidak disahkan oleh Amerika Syarikat
Revolusi diteruskan sehingga Aguilnaldo ditangkap (1901)

Amerika Syarikat membenarkan penubuhan parti politik sederhana
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan
Parti Nasional memenangi pilihan raya(1907)
Nasionalis Filipina menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan (1930-an) setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepada pemimpin liberal

Mana-mana 4 x 1 m


Bagaimanakah mengekalkan kedaulatan negara ?

Melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran
Menyemai sikap patriotik kepada rakyat
Mengeratkan perpaduan rakyat
Mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar
Keberanian yang tinggi
Memantapkan ekonomi negara
Mewujudkan kestabilan politik
Mana-mana jawapan yang munasabah

Mana-mana 4 x 1 m

Soalan 8:

Apakah peristiwa yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama
(1914-1918)


Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.
Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.
Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan.
Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.

Wujud pakatan negara-negara Eropah.
iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
Pakatan Kuasa Tengah terdiri Jerman, Austria-Hungry dan Italy
Pakatan Bertiga terdiri Britain , Peranchis dan Rusia.
Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mengancam perimbangan kuasa dunia yang wujud pada masa itu.

Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan untuk mendapatkan bahan mentah
dan untuk memasarkan barang keluaran mereka

Faktor politik
Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya dibunuh oleh pengganas Serbia.
Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Peranchis

Serangan Jerman terhadap Peranchis
Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.
Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman.
Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.
Mana-mana 10 x 1 m


Huraikan kesan Perang Dunia Pertama terhadap negara yang terlibat

Dari segi politik
Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Persidangan Damai(Jun 1919) memeterai Perjanjian Versailles
Penubuhan Liga Bangsa[1919)
Mengubah peta Eropah
Pembentukan negara baharu di Eropah seperti Poland
Dari segi ekonomi
Negara-negara yang berperang mengalami inflasi
Menanggung hutang peperangan yang tinggi kerana perbelanjaan perang yang besar
Diakhir perang Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
Membawa kepada masalah pengangguran
Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
ia memberi kesan kepada negara Eropah terutama Britain
Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya

Dari segi sosial

Kematian yang tinggi iaitu 8.5 juta orang
Kemusnahan harta benda
Mana-mana 5 x 1 m

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya peperangan?

Mematuhi dan mengamalkan undang-undang
Menghormati dan tidak mencabar hak orang lain
Menanam kesedaran pentingnya keamanan
Mengutamakan keharmonian kaum
Berbaik-baik dengan semua negara
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar
Mematuhi matlamat Piagam PBB
Berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
Kerjasama di peringkat antarabangsa
Bersama-sama menentang keganasan
Meningkatkan taraf hidup rakyat
Mana-mana jawapan munasabah
Mana-mana 5 x 1 m

Bengkel Skor A Sejarah SPM Daerah Kulaijaya




Tarikh : 27 dan 28 Julai 2011
Tempat : SMK Bandar Tenggara 2, Kulaijaya
Peserta Murid : 97 orang
Guru : 25 orang
Penceramah :1) Pn. Ginawati binti Raji
2) Pn. Shamsiwati binti Sidi Ahmad
3) Pn. Soranam a/p Karupayah
4) En. Azman Achuttan Abdullah

TERIMA KASIH KEPADA PPD KULAIJAYA, JKD SEJARAH KULAIJAYA, PENCERAMAH, SEMUA GURU SEJARAH SMK KULAIJAYA DAN PESERTA BENGKEL.

Anak-anak Didik yang dikasihi,
Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM. Semoga mampu menyerlahkan kehebatan. Insya-Allah, ada balasan atas segala usaha murni anda.

Isnin, 8 Ogos 2011

Glosari Sejarah

Abad
Jangka masa seratus tahun
(atau satu drpd jangka masa seratus tahun yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting)

Abdi
orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa- apa saja yg diperintahkan oleh tuannya
(tanpa mempunyai kebebasan atau hak sendiri),
hamba tebusan
hamba

Abdikasi
turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja itu sendiri.

Abintara
pesuruh raja,
bentara.

Absolutisme
Prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.


Adat Istiadat
Peraturan dan kebiasaan yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Adiningrat
gelaran bangsawan yg tertinggi.

Agraria
Urusan tanah (pertanian, perkebunan, dll).

Ahkam
Hukum,
Undang-undang.

Akta
1) Undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb)
2) Surat sijil ,
3) Surat keterangan yg disahkan oleh suatu badan rasmi atau badan pemerintah: ~
notaris; ~ syarikat undang-

Aktivisme
Amalan yg berteraskan tindakan kekerasan utk mencapai tujuan politik.

Al-Quran
Kitab Suci agama Islam

Analekta
Buku yang mengandungi semua ajaran Confucius

Anarki
1) Keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang
(ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur):
kalau orang tidak patuh lagi akan undang-undang,timbullah ……
2) kekacauan atau porak-peranda (dlm negeri dll).

Anarkisme
1) Fahaman (pendirian) bahawa segala bentuk kerajaan atau pemerintahan bersifat
menindas dan wajar dimansuhkan

2) Penolakan segala bentuk kekuasaan atau kawalan paksaan

Antropologi
Kajian saintifik tentang asal usul manusia seperti perkembangan fizikal, budaya, cirri-ciri ras serta kepercayaan

Ansar
1) Orang Madinah yg menyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke
Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota
Mekah kembali.

Aristokrasi
Pemerintahan oleh kaum bangsawan.

Aristokrat
1) Kaum bangsawan

2) Penganut faham bahawa pimpinan pemerintahan harus dipegang oleh kaum
bangsawan (orang kaya-kaya dan orang-orang yg tinggi martabatnya).

Arkeologi
1) kajian saintifik tentang sesuatu kebudayaan (terutama kebudayaan prasejarah)
dgn cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya, kaji purba;
ahli ~ orang yg pakar dlm bidang arkeologi.

Arkib
1) Kumpulan naskhah (piagam) yg disimpan
2) Tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah
sesebuah Negara
3) (Komp) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yg
lama;

Artifak
barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman.

Artisan
Pekerja yang mahir dalam sesuatu lapangan perusahaan atau tukang

a.s (‘Alaihis salam)
Bererti sejahtera atasnya

Asabiyah
Semangat setiakawan yang melampau yang diamalkan oleh
masyarakat Arab Jahiliyah berdasarkan darah keturunan

Asal Usul
1) Punca
2) Yang mula-mula
3) Sebab atau
4) Keadaan yang mula-mula

Asimilasi
Persepaduan pelbagai unsur (kebudayaan dll)

Askar Upahan
Askar yang berkhidmat kerana upah

Astrologi
Ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang).

Astronomi
Ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg melibatkan
kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yg
berkaitan dgn bintang).

Ateis
Orang yg tidak mengakui atau mempercayai kewujudan Tuhan.

Autokrasi
1) Pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa penuh (tidak terhad)
2) Negara yg diperintah oleh individu yg mempunyai kuasa penuh.

Autokrat
Pemerintah yg mempunyai kuasa penuh (kuasa mutlak).

Autokratik
Bberasaskan atau mempunyai kuasa penuh (bkn pemerintah,
pemerintahan,pengurusan, dsb)
amalan pengurusan yg berbentuk ~ dan birokratik

Autonomi
Pemerintahan sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain.

Baiah
1) Perakuan sumpah setia kpd seseorang yg diberi kuasa
2) Sokongan terhadap perjanjian yg dibuat ( dgn menyebut nama Allah sbg tanda
sokongan).

Bala
Pasukan (biasanya pasukan tentera)


Balairung, Balairuang seri
tempat raja dihadap rakyat

Bangsawan
(orang) berbangsa
(orang) keturunan mulia

Baron
1) Anggota taraf terendah dlm kedudukan bangsawan di Britain
2) Orang bangsawan di Eropah

Berkabilah
1) Berpuak-puak
2) Bersuku-suku

Bendahara
Perdana Menteri

Bias
Bersikap berat sebelah


Birokrasi
1) Sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh
pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat)
2) Cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai
kuasa yg besar
3) Cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses
pengurusan dan banyak peraturan;

Betara
1) Dewa: dewa-dewa dan ~;
2) Gelaran utk dewa atau raja: ~ Bisnu; ~ Majapahit.


Beti-beti Hamba raja yg terdiri drpd kaum perempuan.


Biduanda
1) Budak kundang,
2) Budak raja,
3) Juak-juak,
4) Hamba (suruhan) raja: baginda ... membuat segala anak tun-tun akan ~ kecil,
pekerjaannya akan membawa segala alat raja.


Borjuis
1) Orang drpd kelas pertengahan
2) (mengikut teori Marxisme) orang yg tergolong dlm kelas pertengahan yg
memiliki kebanyakan harta dlm sistem kapitalis
3) Orang yg perangai dan pandangannya dipengaruhi oleh nilai atau kepentingan
golongan kelas pertengahan.
4) Para pemodal
5) Golongan kelas menengah


Buapak
Ketua perut yg bertanggungjawab utk menyelesaikan perselisihan
faham dlm perut di bawah jagaannya.


Bumi Hangus
1) Pemusnahan segala yg berguna bagi musuh
2) Taktik yang digunakan British semasa kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu,
Sarawak

Cap mohor
1) Alat untuk menurunkan tanda ke atas kertas, surat dll
2) Cap kerajaan
3) Cap pedagang


Candi
Bangunan purba yg dibuat drpd batu (tempat orang Hindu atau
Buddha menyembah berhala, menyimpan abu mayat, dll).

Cari Gali
Kegiatan atau usaha mencari bahan galian (minyak, gas, emas
dsb) dgn menggerudi jauh ke dlm tanah atau dasar laut


Censor
Badan penapis/ orang yang tugasnya menapis atau memeriksa
sesuatu yang akan diterbitkan


Ceper
Perkakas seperti dulang (piring), biasanya dibuat daripada tembaga


Ciri
Tanda atau sifat


Cukai
Bayaran yang dikenakan oleh kerajaan atau pemerintah terhadap orang perseorangan dan barang-barang untuk perbelanjaan Negara dan lain-lain



Cuneiform
1) Bentuk tulisan seperti pepaku di atas tanah liat
2) Tulisan masyarakat Sumeria (Mesopotamia)3)


Count
1) Gelaran bangsawan di Eropah- setaraf gelaran Earl di England


Dagang
1) Barang yang diniagakan
2) merantau atau
3) mengembara


Dakwah
Menyebarkan sesuatu ajaran seperti agama Islam



Dasawarsa
1) Masa sepuluh tahun
2) Dekad


Daulat
1) bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah);
~ dirgahayu mudah-mudahan berbahagia dan lanjut usia
2) Ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb)
3) Kuasa (raja, kerajaan)
4) Ark tulah



Declaration of Indulgences
Pengisytiharan 1687 – memansuhkan diskriminasi ke atas golongan Katolik dan bukan Anglican.


Demografi
kajian tentang ciri-ciri perkembangan penduduk (dr segi saiz, kepadatan, taburan, kelahiran, kematian, dsb) dlm tempoh waktu tertentu


Demokrasi
1) pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~
berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara
perwakilan
2) Unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanya
3) Keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;


Demonstrasi
1) Penerangan, peragaan, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll

2) Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak,



Derhaka
1) Tidak taat atau khianat kpd negara (Tuhan, orang tua, dll), menentang
kekuasaan yg sah

Desentralisasi
1) perihal memberi kuasa yg lebih kpd kerajaan negeri (daerah) yg bersekutu
oleh kerajaan pusat
2) Pengagihan kuasa pusat.


Despot
1) Pemerintah mutlak
2) Pemerintah kuku besi.



Despotisme
1) Pemerintahan seorang despot,
2) Pemerintahan kuku besi.


Destar
1) Setangan kepala,
2) Tengkolok
3) Tanjak
4) kain (ikat) kepala


Dakyah/ Diayah
1) Penyiaran (penyebaran) sesuatu ideologi (doktrin, pendapat, dsb) utk
mendapat sokongan, propaganda



Dikri
Titah perintah raja/pemerintah yang memupunyai kuasa undang
undang



Diktator
Pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa
mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim


Dinasti
1) Jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga):
mengikut suatu rekod drpd ~ Ming,
2) Tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu
keturunan.


Dinar
1) Mata wang emas yang digunakan pada awal pemerintahan Islam
2) Berasal dari Rom
3) Berat sedinar ialah 4.55 gm


Diplomasi
seni atau amalan mengurus hubungan antarabangsa:

Diplomatik
1) Hubungan antarabangsa: kenyataan pejabat negara ini telah menggemparkan
kalangan ~ British; banyak negara telah mengadakan hubungan ~ antara satu
sama lain
2) Berhati-hati (samar-samar) apabila mengatakan sesuatu.


Dirgahayu
(mudah-mudahan) lanjut usia, panjang umur.



Dirham
Wang emas atau Perak yang berasal dari Parsi


Diskriminasi
Perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb:


Doktrin
Ajaran berkenaan agama, fahaman, ilmu pengetahuan, pegangan kepada ajaran


Duke
Orang bangsawan yang mempunyai gelaran tertinggi, boleh juga
diwariskan turun-temurun


Earl
Gelaran bagi satu kategori bangsawan Inggeris ( setaraf dengan
Count)


Emigres
Golongan pelarian politik


Enakmen
Undang-undang atau statut


Enlightenment
1) Falsafah yang emngutamakan keunggulan dan keupayaan akal dan pancaindera
manusia
2) Antiagama kerana mementingkan kepercayaan kepada ghaib
3) Antitradisi lama seperti system feudal


Entreport
Pusat perdagangan yang mengendalikan urusan import dan eksport sekali gus


Epik
1) Puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya
pahlawan dlm sejarah atau legenda)
2) karya sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara
sesebuah epic

Etnik
Berkaitan bangsa, kaum


Era
1) jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod dr ~ penjajahan
dan revolusi
2) Jangka masa tertentu yg dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan


Faktor
Unsur atau sebab yg menyumbang kpd sesuatu hasil:


Fasis
1) Ahli politik sayap kanan berasaskan parti yang bersifat autokratik
2) Amat antikomunis
3) Aliran atau fahaman politiknya dipanggil fasisme


Feudalisme
1) Sistem kemasyarakatan yg dikuasai oleh kaum bangsawan

2) Sistem pembahagian tanah kpd kaum bangsawan di Eropah pd zaman dahulu (dgn kaum petani yg mengusahakan tanah diwajibkan memberikan khidmat kpd kaum bangsawan yg menjadi tuan punya tanah).



Firaun
Raja Mesir (pd zaman purbakala).



Gahara
Keturunan raja yg lahir drpd permaisuri; anak ~ anak raja drpd
permaisuri; sama ~ keturunan yg sedarjat.



Gundik 1) Isteri yg bukan gahara,
2) Isteri tidak rasmi;
3) Bini gelap



Hamba Berhutang
Orang yang terikat kepada majikannya sebagai hamba abdi kerana berhutang kepada majikannya



Hellenistik
Paduan kebudayaan antara Yunani dengan kebudayaan Timur


Hieroglif
1) Bentuk tulisan yang diukir pada batu
2) Tulisan orang mesir Purba


Hierarki
Susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi,
masyarakat,dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan



Hijrah
1) Perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah

2) Tahun H~ tahun Islam yg bermula dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah (pd tahun 622 Masihi): Nabi Muhammad SAW wafat pd tahun 13 H~;



Humanisme
1) Aliran atau sistem yang memberikan tumpuan kepada faedah dan persoalan
manusia sejagat dan bukan individu
2) Tidak menumpukan kepada persoalan atau aspek keagamaan
3) Sering dikaitkan Zaman Renaissance


Ideogram
1) Betuk tulisan melambangkan benda atau idea bercorak symbol
2) Digunakan dalam tamadaun Hwang Ho3)


Ideologi
Fahaman (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar
pemerintahan dll:



Jahiliah
1) Gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam
2) zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam.



Jen
Ajaran Confucius yang menitikberatkan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri


Jus Soli
Hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan kelahiran
di negara itu.



Kader
1) Teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk
melatih unit baru atau pengembangan lain
2) Anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan
terlatih



Kafilah
1) Rombongan orang (berserta dgn unta dan barang-barang yg dibawa) dlm
perjalanan di padang pasir


Kanun
Undang-undang, hukum, peraturan;



Kapitalis
1) Orang (golongan) yg mempunyai modal (utk pelaburan dlm perniagaan, perusahaan, dsb); faham ~ kapitalisme; negara ~ negara yg menganut (berasaskan) kapitalisme -orang yg menyokong kapitalisme.



Kapitalisme
1) Sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan.



Karma
1) Semua tingkah laku, perkataan dan pemikiran seseorang semasa hidupnya akan
menentukan kehidupannya di akhirat
2) Amalan penganut Hind dan Buddha


Khalifah
1) Pengganti (kpd Nabi Muhammad SAW)
2) (gelaran) ketua agama dan
3) raja di negara Islam
Sayidina Abu Bakar menjadi ~ yg pertama selepas wafat Nabi Muhammad SAW;
~ Allah setiap insan yg diamanahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Allah utk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah



Kolonialisme
Dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya
ke atas sesebuah negara lain.



Komanwel
Perikatan negara-negara merdeka yg pernah diperintah oleh
British yg mengiktiraf raja British yg memerintah sbg ketua
Komanwel, persemakmuran; persidangan perdana menteri ~
persidangan yg disertai oleh perdana menteri negara-negara
anggota Komanwel.



Komunis
Orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham
Komunisme



Komunisme
Fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan
barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama
rakyat


Konfrontasi
1) Persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yg bertentangan (berselisihan, bermusuhan)
2) Pertentangan (permusuhan) secara langsung yg menyebabkan orang atau pihak yg terlibat menghadapi kemungkinan berlakunya pergaduhan (peperangan dsb)



Konsul
1) Pegawai yg dilantik oleh sesebuah negara utk menjaga kepentingan perdagangan dan membantu warganya di negara asing; ~ jeneral konsul yg terutama atau ketua konsul (yg mengetuai konsul-konsul lain).



Kronologi
1) Susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan



Laissez-faire
- Kapitalis


Legalisme
Kepatuhan sepenuhnya kpd undang-undang



Legislatif
Mempunyai kuasa utk menggubal undang-undang.



Levellers Golongan radikal/pelampau di England yang memperjuangkan hak
sama rata yang menyeluruh


Liberal
1) Condong kpd kebebasan dan pemerintahan yg demokratik
2) Bersifat atau berpandangan bebas
3) Berpandangan terbuka (tidak terkongkong kpd sesuatu aliran pemikiran dsb


Luddisme
Gerakan dalam kalangan petukang/ pekerja mahir di England yang
menentang penggunaan mesin dalam perindustrian tekstil
keranamenjadikan kemahiran pekerja tidak diperlukan lagi



Lingua Franca
Bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat
atau orang-orang yg berlainan bahasa:



Luak
1) Daerah
2) Jajahan


Maharaja
1) Raja besar
2) Gelaran atau sebutan bagi orang besar:


Mahmudah
Terpuji


Masihi

Tahun yang dikira sesudah kelahiran nabi Isa a.s



Mandat
1) Amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan,

2) Kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi

3) Surat kuasa, surat perintah (membayar dll)

4) kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb

5) Kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa


Maritim
1) Berkaitan dgn kelautan, perkapalan, pelayaran, dsb;
2) Terletak di atau berdekatan dgn laut



Marxisme
1) Teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.



Masihi
Tahun yg dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan.



Masyarakat Majmuk
Terdiri daripada dua kaum atau lebih / pelbagai kaum


Memorial
Sesuatu yg dibina (didirikan dsb) utk memperingati seseorang tokoh
atau sesuatu peristiwa bersejarah



Mitos
1) Cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb
2) Cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;



Monarki
kerajaan (negara) yg diperintah oleh raja, sistem pemerintahan
beraja: politik dan ~ Melayu.



Mufti
Orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa



Muhajirin
Orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.



Nakhoda
1) Pemimpin atau ketua perahu (kapal)
2) Juragan
3) Kapten kapal;


Nasionalisme
1) Perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~

2) Ppergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing



Negara kota
Kota / Bandar yang merupakan negeri yang berdaulat dan merdeka



Neokolonialisme
Peluasan pengaruh politik oleh sesebuah kuasa besar ke atas
Negara lain yg baru merdeka, terutamanya melalui tekanan ekonomi.



Neolitik
1) Peringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal
menetap, bercucuk tanam, berternak, dan mengasah batu utk
dijadikan alat kegunaan seharian.

2) Manusia mula mencipt alatan daripada tembikar



Nepotisme
Perbuatan atau amalan yg mementingkan atau melebihkan
sanak saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja.



Nirvana/
Moksha
Kebahagiaan muttakhir yang tercapai apabila roh seseorang menjadi
sebati dengan alam semesta



Oligarki
1) Pemerintahan yg dijalankan oleh sekumpulan kecil orang yg berkuasa sahaja

2) Sekumpulan kecil orang yg menguasai dan mentadbir sesebuah negara atau organisasi.



Ordinan
1) Perintah
2) Peraturan
3) Statut, dsb oleh sesuatu pihak berkuasa, undang-undang.



Organisasi
1) Kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan



Pax Romana
1) Zaman kegemilangan Rom dari segi politik, dan ekonomi
2) Bererti Keamanan Rom



Pendeta
1) orang yg banyak ilmu (pandai-pandai)
2) Ulama agama Hindu (Kristian dll)
3) Orang yg bertapa (dlm cerita-cerita lama);



Penggawa
1) Ketua pasukan
2) Ketua kampung (daerah), penghulu; ~ marga (Palembang)
Pilihan Raya
Pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan
Undangan Negeri



Piagam
Perjanjian, persetujuan, pakatan bertulis


Politisme
Kepercayaan kpd lebih drpd satu Tuhan.



Portfolio
1) Bidang tugas dan tanggungjawab seseorang menteri
2) keseluruhan pelaburan yg dipegang oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat



Proletariat
Kelas bawahan – golongan pekerja yang makan gaji di kilang/ industry



Radikal
1) Secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~;

2) Memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll)



Raja Mutlak
1) Mendakwa menaiki takhta kerana hak turun-temurun
2) Tidak tertakluk kepada parlimen / institusi lain


Realpolitik
1) Aliran politik yg berdasarkan kenyataan-kenyataan, politik yg praktikal
2) Mewajarkan apa-apa sahaja untuk mencapai cita-cita politik



Ritual
1) Tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb



Sekular
Sesuatu yang terpisah atau yang bertentangan dengan ajaran agama
/ tidak berasaskan agama



Serf
Seseorang yang kerjanya bergantung kepada tanah pertanian tuannya



Sistem Kerah dan Serah
1) Sistem kerja yang diarahkan oleh tuan terhadap orang bawahannya tanpa membayar gaji.
2) Kerja yang dibuat sebagai balasan kepada perlindungan yang diberikan oleh tuan tanah
/ Ganti pembayaran cukai kepada tuan



Sosialisme, sosialis
Falsafah politik berdasarkan konsep semua harta benda yang dimiliki
secara bersama


Zaman
Jangka masa tertentu