Khamis, 7 Jun 2012

Assalamualaikum... Lama benar tidak menulis. Kesempitan ruang dan peluang barangkali. Insya-Allah, semoga selepas ini diberi kesempatan untuk terus menulis lagi.
Skema Jawapan Soalan Jangan Lupa Belajar Tingkatan Empat SMK Indahpura (1) (untuk rujukan anak-anak didikku) Namakan sebuah negara kota yang paling menonjol di Yunani. Athens Sparta Corinth Berikan dua ciri polis yang terdapat di Yunani. Institusi politik yang merdeka Jumlah penduduknya kecil (Athens mempunyai 40,000 orang penduduk) Terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar Mengandungi sebuah kota Kawasan pertanian di luar kota Di dalam polis terdapat pasar, kubu, kuil dan istana Mempunyai acropolis (kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan Mempunyai agora (tempat pertemuan/ mesyuarat rakyat / pusat ekonomi) Nyatakan bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sebelum sistem pemerintahan Demokrasi diperkenalkan. Monarki Oligarki Aristokrasi Diktator / tirani Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada peradaban dunia hari ini ? Sistem pemerintahan berbentuk Demokrasi Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik Rakyat membentuk kerajaan rakyat Lahir tokoh ilmuan seperti Pythagoras, Hippocrates, Archimedes dan Ptolemy Lahir ahli falsafah terkenal iaituHeredotus, Socrates, Aristotle dan Plato Lahir Sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus Lahir pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxogaras Tumbuh banyak sekolah falsafah Perkembangan dalam bidang pendidikan yang seimbangkan Rohani dan Jasmani Pengenalan sukan Olimpik Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pemerintahan sistem Demokrasi diamalkan di negara kita ? Kerajaan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat Rakyat menjadi wakil dalam pentadbiran Pemerintah dipilih melalui undian / pilihan raya Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan Wakil rakyat menganggotai Dewan Rakyat /parlimen Mana-mana yang munasabah 2. Aktiviti perdagangan tamadun India mengalami perkembangan yang sangat pesat pada abad ketiga sebelum Masihi . (a) Nyatakan dua jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalaman tamadun India pada masa itu. Senjata Gading gajah Emas Berlian mutiara (b) Senaraikan negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan dengan tamadun India. Macedonia Sri Lanka Asia Tengah Asia Tenggara China (c) Mengapakah ekonomi Tamadun India berkembang dengan pesat pada abad ketiga SM? Perdagangan dalaman di wilayah India Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam. Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit Persatuan mengawal harga barangan Persatuan mengawal kualiti barangan Persatuan mengawal gaji pekerja Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara. Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka (d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda bagaimanakah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara kita Bersikap inovatif Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada Mewujudkan sebuah negara aman Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik Menjadi pemerintah yang berwibawa Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau Mana-mana munasabah 3 Antara warisan kesenian tinggalan kerajaan awal Asia Tenggara ialah monumen dan batu bersurat. (a) Apakah maksud monumen ? Binaan /bangunan yang diperbuat daripada batu Dibina untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting Berupa candi/kuil/wat/stupa/arca dan patung (b) Namakan sebuah candi yang terdapat di Asia Tenggara Candi Dieng Candi Borobudur Angkor Wat Candi Prambanan Candi di Chaiya Candi di Yarang Candi di Lembanh Bujang (c) Nyatakan dua fungsi candi dalam kerajaan awal di Asia Tenggara Merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Budha Berperanan sebagai rumah ibadat Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya Tempat menyimpan patung dewa utama Lambang keagungan pemerintah/kehebatan seni binanya Lambang orde kosmos (d) Berikan dua kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara Mencatat keturunan raja Mencatat maklumat berkaitan agama Mencatat perkara berkaitan dengan pemerintahan Mencatat amaran raja kepada rakyat Menulis maklumat undanh-undang (e) Pada pandangan anda,apakah usaha yang dilakukan untuk memelihara monument yang terdapat di negara kita Mewartakan monument sebagai khazanah negara Memastiakan monument diselenggarakan selalu Menjalankan usaha-usaha pemulihan terhadap monumen Menjadikan monumen tarikan pelancongan Melancarkan kempen kesedaran pentingnya memelihara Warisan bangsa Mana-mana yang munasabah 4 Maklumat di bawah merujuk kepada perundangan Rom • Hukum Kanun 12 • Undang-undang Justinian (a) Bagaimana rakyat dapat merujuk undang-undang berikut ? (i) Hukum Kanun 12 Undang-undang Rom yang telah disatukan. Undang-undang Rom yang pertama. Dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas Diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat. (ii) Undang-undang Justinian Mengumpulkan/menyatukan/membukukan undang-undang. Melahirkan kod undang-undang Rom/Undang-undang Justinian. Undang-undang ini masih kekal sehingga kini. (b) Namakan satu daripada bahagian Undang-undang Rom. Undang-undang sivik Undang-undang rakyat Undang-undang natural (c) Berikan tiga prinsip dalam undang-undang Rom. Semua manusia sama di sisi undang-undang. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Keadilan terhadap setiap individu. Hukuman berasaskan bukti yang cukup. (d) Pada pendapat anda, apakah kepentingan undang-undang kepada sesebuah negara ? Membendung tindakan liar manusia. Mewujudkan kehidupan yang aman/sejahtera. Patuh kepada pemerintah/negara. Mengekalkan kedaulatan negara. Mengukuhkan kedudukan raja. Menyelesaikan permasalahan yang wujud. Melicinkan perjalanan pentadbiran. Mana-mana yang munasabah