Rabu, 26 Mei 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun Sejarah 2010

Hujung Mei menuju awal Jun, merupakan tarikh penting kerana pada tempoh ini semua yang bergelar murid sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Justeru di sini disenaraikan tips ringkas bagi menghadapi peperiksaan Sejarah.Sebelum Peperiksaan:

1. Ulang kaji 'SMART' - bukan belajar pada saat-saat akhir.
2. Pastikan bab/topik yang akan disoal. Jika murid tingkatan 2, pastikan belajar juga
Sejarah tingkatan 1, jika tingkatan 3, belajar Sejarah tingkatan 1, 2 dan 3.
Begitu juga murid tingkatan 5.
3. Jawab soalan berformat peperiksaan.

Semasa Peperiksaan:
1. Mulakan dengan berdoa.
2. Baca setiap perkataan dalam soalan dan fahamkan. Garisi kehendak soalan.
3. Baca pilihan jawapan satu persatu, singkirkan pengganggu jawapan.
4. Tinggalkan dahulu soalan yang sukar (tidak dapat dijawab) dan beralih ke soalan
seterusnya.
5. Setelah selesai, kembali kepada soalan yang ditinggalkan. Cuba jawab.

Selesai Menjawab.
1. Semak jawapan.
2. Jumlahkan bilangan jawapan A, B, C dan D.
Jumlahnya mesti hampir sama banyak.
3. Tawakal.

Isnin, 24 Mei 2010

Suatu Perkongsian Idea

Alhamdulillah, hasrat untuk berkongsi ilmu melalui ruang maya ini terlaksana jua. Walau baru bertatih, namun diharapkan medan maya ini mampu menjadi wadah untuk para rakan guru Sejarah dan murid yang mencintai Sejarah berkongsi pentas ilmu ini.
pada yang kurang, mohon ditambah
pada yang silap, mohon diperbetul